Alorsetar Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersedia untuk menambah jumlah bantuan makanan di setiap kawasan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco).
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, bekalan itu akan diedarkan menerusi masjid kariah masing-masing dalam masa terdekat.
"Pihak LZNK sudah menghubungi penolong amil di kariah yang terjejas, kita sedang memantau dan menunggu maklum balas untuk tindakan selanjutnya, malah yakin usaha ini dapat membantu meringankan beban penduduk di empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap," katanya ketika dihubungi, hari ini. Isnin lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Temco di Mukim Hosba, Ah, Binjal dan Kampung Ulu, Padang Sanai susulan kluster PUI Sivagangga.
Sebelum ini, LZNK memperuntukkan hampir RM17 juta untuk bantuan makanan penduduk di situ yang dibuat berperingkat di 578 masjid dan memanfaatkan 173,400 keluarga. Semalam NSTP melaporkan penduduk sekitar Napoh terutama berpendapatan rendah berharap kerajaan menyalurkan bantuan makanan kerana mereka tidak dapat bekerja selepas pelaksanaan Temco. Rata-rata mereka bekerja sebagai penoreh dan petani.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan sedia tambah baik akta berkaitan media sedia ada, kata Saifuddin | The Malaysian InsightMenteri Komunikasi dan Multimedia ia adalah bukti komitmen kerajaan untuk menegakkan kebebasan media.
Read more »
Malaysia sedia bantu Lubnankualalumpur Wisma Putra bersedia menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada Lubnan ekoran insiden dua letupan kuat di Beirut yang meragut nyawa 73 individu dan mencederakan lebih 3,700 yang lain.
Read more »
MALBATT sedia beri bantuankualalumpur Pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) di Lubnan bersiap sedia memberi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) sekiranya komitmen itu diperlukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL).
Read more »
Sedia hantar jemaah umrah, berdasarkan situasi semasa Covid-19bota covid19 MALAYSIA bersedia menghantar jemaah umrah selepas Arab Saudi memberi kebenaran untuk menunaikan ibadat berkenaan, dijangka bulan hadapan, berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19.
Read more »
Letupan di Beirut, Malaysia sedia hulur bantuan | The Malaysian InsightPerdana Menteri Muhyiddin Yassin menzahirkan simpati terhadap keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu.
Read more »