kualalumpur Wisma Putra bersedia menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada Lubnan ekoran insiden dua letupan kuat di Beirut yang meragut nyawa 73 individu dan mencederakan lebih 3,700 yang lain.
Kementerian Luar memaklumkan, Malaysia terkejut dan bersimpati dengan insiden yang berlaku di negara berkenaan malah akan terus menyokong Lubnan dalam usaha untuk menghadapi situasi sukar ini.
"Rakyat Malaysia yang berada dan menetap di Lubnan dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa negara berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. "Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Selain itu, rakyat Malaysia yang memerlukan maklumat dan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Beirut di talian +9611787 144/166 atau menerusi faks +9611787 344 dan emelDua letupan jam 6 petang semalam menggegarkan Beirut dipercayai berlaku di pelabuhan yang mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu selain kerosakan pada beberapa bangunan lain berhampiran.
Presiden Lubnan, Michel Aoun mempersoalkan tindakan gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonia nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rakyat Malaysia di Lubnan selamatMenteri Luar Hishammuddin Hussein berkata, perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Beirut. FMTNews Lubnan
Read more »
Letupan Lubnan: Lebih 100 orang mautbeirut Angka korban akibat letupan di letupan di pelabuhan di sini meningkat kepada lebih 100 orang, lapor Palang Merah Lubnan.
Read more »
Ammonium nitrat punca letupan LubnanWashington: Ammonium nitrat yang didakwa menjadi punca letupan di Beirut lazimnya digunakan sebagai baja.
Read more »
Letupan Lubnan: Pemimpin dunia rakam takziahbeirut Pemimpin dunia mengucapkan takziah atas kejadian letupan di sini, yang setakat ini mengorbankan 73 nyawa dan mencederakan lebih 3,700 orang.
Read more »
Lubnan akan cari dalang letupanbeirut Lubnan akan mencari dalang yang menyebabkan letupan di pelabuhan di sini, yang setakat ini mengorbankan 73 orang dan mencederakan lebih 3,700 orang.
Read more »
Letupan Lubnan, 'serangan mengerikan' - TrumpWashington: Presiden Amerika Syarikat (AS) menyifatkan letupan yang menggegarkan Beirut sebagai ‘serangan yang mengerikan’.
Read more »