Kabinet kerajaan perpaduan harus membuktikan prestasi mereka bukan begitu, sebaliknya jauh ke hadapan. Inilah masanya untuk menyerlah.
DIAM tak diam, sudah hampir setahun kerajaan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanakah prestasi para menteri dan timbalannya?
Kabinet adalah entiti paling penting kepada seorang Perdana Menteri. Ia cerminan bagaimana seorang Perdana Menteri mengatur pemerintahannya sendiri, baik dalam situasi politik yang sulit ataupun dalam keadaan ketidakpastian ekonomi.Tugas para menteri saat ini sangat berat dengan isu-isu signifikan yang harus mereka atasi. Portfolio Menteri Kewangan, hal ehwal pengguna, pertanian, hal ehwal desa dan ekonomi antarabangsa memerlukan seseorang yang mempunyai komitmen sangat tinggi.
Difahamkan dalam setahun ini sejak semua menteri angkat sumpah 3 Disember tahun lalu selepas pilihan raya umum 19 November, mereka yang berjaya membuktikan dirinya perform dan boleh deliver adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Dikatakan mereka berdua dalam kedudukan nombor satu dan dua dalam carta.
Pada waktu ini, tugas seorang menteri cabarannya cukup getir dengan isu-isu berkepentingan rakyat yang tidak menang tangan untuk dijenguk dan diselesaikan. Cabaran diharungi anggota jemaah menteri kerajaan perpaduan diakui getir. Tempoh hari dalam tiga kerajaan yang lepas untuk tempoh empat tahun, potensi sebilangan menteri lebih banyak menjadi buah mulut rakyat. Sebilangannya di bawah standard yang sepatutnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri, kata penganalisisAnwar Ibrahim digesa mengambil peluang bawa masuk ahli Jemaah Menteri lebih berkelayakan atau berdepan persepsi tidak baik jika terus tangguh rombakan.
Read more »
Amin bawa skuad terbaik hadapi SOJC 2023PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad remaja lelaki kebangsaan, Muhamad Amin Rahim mengakui tiada rombakan besar-besaran berlaku
Read more »
Dewan Rakyat: Tiga matlamat utama banteras gejala dadah secara menyeluruhMesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah hari ini menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan game changer bagi
Read more »
Anwar tidak gentar terima ugutan demi pertahankan PalestinBeliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping menerima sokongan padu seluruh rakyat.
Read more »
Gaya hidup tidak sihat punca ramai obesAmalan gaya hidup tidak sihat termasuk pemakanan kurang sesuai didapati menjadi satu daripada faktor 50.1 peratus rakyat Malaysia berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Read more »
Tiga negeri tidak setuju guna rumput Zeon ZoysiaTerengganu, Wilayah Persekutuan dan Pahang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menggunakan rumput Zeon Zoysia di stadium masing-masing
Read more »