PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad remaja lelaki kebangsaan, Muhamad Amin Rahim mengakui tiada rombakan besar-besaran berlaku
Bagaimanapun, dia menyenaraikan dua muka baharu iaitu Eswaran George dan Muhammad Alief Adha Akhbar untuk melengkapkan senarai 20 pemain yang bakal membawa cabaran di Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor 2023 edisi ke-11, yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober hingga 4 November ini di Stadium Hoki Taman Daya.
“Pemilihan pemain berdasarkan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain ketika sesi latihan serta jelajah Eropah tempoh hari. Kejohanan bawah 21 tahun itu menghimpunkan pasukan terbaik dunia di mana Malaysia selaku tuan rumah diletakkan di dalam Pool B bersama India, Pakistan dan New Zealand sementara dalam Pool A menampilkan Jerman, Australia, Afrika Selatan dan Great Britain.
Tambah Amin kejohanan ini juga menjadi medan terakhir untuk beliau bersama barisan kejurulatihan mempersiapkan skuad terbaik bagi menghadapi kempen Piala Dunia Remaja nanti.