Sabah mempunyai hampir 500,000 warga asing. utusanonline
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia merupakan usaha bagi memastikan tiada pihak yang akan memalsukan dokumen berkenaan yang akan menyukarkan pihak berkuasa memantau pendatang asing.
"Kita bagi PSS yang bukan"tetap" untuk memastikan mereka sama ada yang bekerja di ladang-ladang, di tempat tertentu akan dapat dipantau dengan lebih dekat oleh pihak berwajib iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen. Sabah mempunyai hampir 500,000 warga asing di Sabah dan bagaimana kita tahu dan lebih baik kita pantau mereka daripada kita tidak tahu di mana mereka berada," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman dividen saham Sabah 2019 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini. Mohd Shafie berkata perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dibuat iaitu keperluan untuk berbincang dengan Filipina bagi memastikan rakyat negara itu yang telah dihantar pulang perlu mempunyai dokumen perjalanan yang sah jika kembali ke Sabah. Bagaimanapun beliau berkata, mereka yang datang kembali ke Sabah tanpa dokumen perjalanan yang sah dengan melalui laluan"tikus". Mohd Shafie juga berkata penghantaran pekerja asing terutamanya yang melibatkan tenaga buruh dari Indonesia juga perlu diurus dengan baik bagi mengelak kekurangan tenaga kerja apabila pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur dijangka menarik warga negara itu ke sana. Pada Jumaat lepas, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing bersetuju mengeluarkan Pas Sementara Sabah bermula 1 Jun 2020 yang diumumkan oleh Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk bersama Mohd Shafie. Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri sentiasa bersiap sedia mengambil langkah berjaga-jaga memantau keadaan udara yang berjerebu melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu. Beliau berkata kerajaan negeri akan memantau keadaan cuaca di negeri ini dan setakat ini masih dalam keadaan terkawal. "Kita nasihatkan kepada mereka yang mempunyai ladang supaya tidak membiarkan kebakaran dan jika keadaan cuaca semakin tidak terkawal, sekolah perlu mengambil langkah berjaga-jaga," katanya. -BERNAMA
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Air quality in seven Sabah areas moderate | The Malaysian InsightAir quality in seven Sabah areas moderate
Read more »
Pas khas akan gerhanakan penduduk 'jati' Sabah, kata Adun pembangkangDianggarkan kira-kira 600,000 pendatang asing memiliki 3 jenis dokumen pengenalan diri daripada kira-kira 1.1 juta yang tinggal di Sabah. FMTNews
Read more »
Wake up to reality of migrant situation in Sabah, Warisan tells PBSKOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah hopes Opposition Parti Bersatu Sabah (PBS) can share their knowledge on the identities of Filipino refugees and other immigrants in the state.
Read more »
Sabah cops arrest four men over robberyKOTA KINABALU: Police nabbed four men and are on the hunt for another believed to be involved in a robbery early Sunday (Sept 8).
Read more »
Groups want remedial measures after Sabah corals damaged by cargo shipKOTA KINABALU: A cargo ship that was stranded in waters off Pulau Kalampunian off Kudat district has caused damage to corals in the area, say local tourism players and conservationists.
Read more »
Presiden sebuah NGO Sabah didakwa pecah amanah | The Malaysian InsightTertuduh, Jismit Japong, 54, iaitu presiden Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) dan Mohd Hafiz Anuar, 36, yang hanya bekerja sendiri membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Read more »




