Rap Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah sentiasa mengambil bahagian dalam apa juga usaha murni kerajaan untuk membantu ekonomi ummah.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah sentiasa mengambil bahagian dalam apa juga usaha murni kerajaan untuk membantu ekonomi ummah.aru-baru ini kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara sebagai usaha mengurangkan kesan Covid-19 ke atas perniagaan termasuklah Perusahaan Kecil dan Sederhana .
"Maka, kami lancarkan program turun padang Bincang Niaga Prihatin dalam usaha membantu usahawan IKS. Insya Allah, kami akan turun padang ke lokasi kedua tahun ini iaitu Bincang Niaga Prihatin Selatan yang akan diadakan pada 28 September ini di Double Tree by Hilton Hotel Johor Bahru, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang," katanya. Menurut Namanzee, misi utama Bincang Niaga Prihatin ini adalah untuk membantu usahawan IKS memasarkan produk mereka di platform pengiklanan televisyen dengan kos yang berpatutan dan rendah berbanding stesen penyiaran lain. "Saya melihat usaha ini sebagai tuntutan fardu kifayah untuk membantu ekonomi ummah secara proaktif dan bersepadu. Saya yakin ini adalah jihad TV AlHijrah dalam merancakkan semula perkembangan ekonomi dan aliran tunai dalam pasaran selepas negara terkesan dengan wabak Covid-19 ini."Tambahan pula, lokasi pertama program ini di Kelantan yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu mendapat sambutan positif daripada usahawan IKS pantai timur. Ia adalah penanda aras, bahawa kempen ini harus diteruskan pada masa hadapan," katanya. Program Bincang Niaga dengan tagline kempen Jenama Anda Berhak Popular yang dilancarkan sejak 2016 itu sudah membantu lebih 5,000 usahawan IKS bukan sahaja menerusi siaran iklan, malahan stesen TV AlHijrah"Walaupun trend tontonan televisyen mencatat penurunan di seluruh dunia akibat persaingan dengan media digital, namun ia tidak memberi impak yang banyak kepada TV AlHijrah yang mempunyai sasaran penonton yang lebih 'niche'. "Kami masih mengekalkan penonton setia kami yang berumur lebih 40 tahun yang mempunyai kuasa beli yang tinggi di samping menawan penonton baru menerusi kandungan yang lebih segar dan relevan. Termasuk, bersifat mendidik dalam apa jua genre yang dipaparkan di televisyen. "Ini adalah peluang besar yang perlu diambil oleh usahawan IKS tempatan untuk membuat kempen promosi dengan harga berbaloi yang amat luar biasa rendah," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PENJANA KPT-CAP bantu graduan cari pekerjaanKuala Lumpur: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) - Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) dijangka akan membantu siswazah menyesuaikan diri dengan tuntutan baharu pasaran kerja susulan penularan pandemik Covid-19.
Read more »
'Bersyukur anak bantu jaga kerbau'KualaTerengganu Khamis bersyukur kerana tujuh daripada lapan anaknya turut sama membantunya menguruskan 57 kerbau mati akibat diserang penyakit HS itu, termasuk proses menanam semua bangkai.
Read more »
Bantu kesan Uncle Leong...Kuala Lumpur: Polis mengesan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 19 Mei lalu.
Read more »
Pengundi harap kerajaan baharu akan terus bantu usahawan kecil
Read more »
Over 80% of Britons not heeding Covid-19 self-isolation rulesStudy also raises major questions about the effectiveness of England's Test and Trace programme. FMTNews Covid19 SelfIsolation Bitcoins
Read more »
