KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang membenarkan premis menjual makanan bukan Islam di negeri ini untuk beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam dalam tem...
Kerajaan negeri Pahang membenarkan premis menjual makanan bukan Islam di negeri ini untuk beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang bulan Ramadan ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada peniaga terlibat berhubung ketetapan sesetengah pihak berkuasa tempatan bahawa operasi perniagaan semua premis makanan sepanjang Ramadan hanya bermula jam12 tengah hari hingga 7 malam. “Peniaga premis makanan bukan Islam diharap dapat menerima keputusan baharu ini dengan baik dan terus patuh kepada pendekatan yang dibuat kerajaan negeri mengambil kira pelaksanaan PKP dan situasi wabak Covid-19 yang dihadapi.
“Antara ketetapan itu ialah premis makanan terlibat berada di bangunan lot kedai dan hanya menjual secara pandu lalu, bungkus dan ambil dan pembayaran tunai semasa serahan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. Beliau berkata ketetapan baharu itu terpaksa diambil bagi memutuskan rantaian Covid-19 selain masyarakat mematuhi pelaksanaan PKP dengan duduk di rumah jika tiada urusan penting untuk dilakukan. --
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MB: Non-Muslim eateries in Pahang now allowed to operate from 7am-7pmKUANTAN: The Pahang state government has decided to allow non-Muslim eateries to operate from 7am to 7pm while under the movement control order (MCO) during the Ramadan month.
Read more »
Pahang MB: Non-Muslim food premises can operate from 7am to 7pm | Malay MailKUANTAN, April 24 — The Pahang government has allowed non-Muslim food premises in the state to operate from 7am until 7pm during the movement control order (MCO) period in the month of Ramadan. Mentri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail said the decision was made after complaints were received...
Read more »
Pahang trader loses RM100,000 to mask scam | The Malaysian InsightWoman tricked into buying 2,700 non-existent boxes of item.
Read more »