GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan dua wanita sekali gus menumpaskan kumpulan jenayah samun dan pecah kuil di tiga daerah di neg...
: Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan dua wanita sekali gus menumpaskan kumpulan jenayah samun dan pecah kuil di tiga daerah di negeri itu dalam siri serbuan baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen negeri telah melancarkan operasi khas bermula 3 Julai hingga 23 Ogos lepas sebelum berjaya menahan enam warga tempatan berusia 18 hingga 42 tahun itu. “Dalam operasi itu, polis menjalankan lima serbuan di Selangor dan Pulau Pinang sebelum menahan kesemua suspek tersebut yang dipercayai terlibat kegiatan samun dan pecah kuil di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan iaitu tiga daerah di tanah besar negeri ini.
“Siasatan mendapati kumpulan itu aktif menjalankan kegiatan jenayah sejak 2022 dan susulan penahanan mereka, polis merampas sebuah motosikal, wang tunai RM600, beberapa keping resit pajak gadai dan berjaya mendapatkan semula rantai emas yang disamun, daripada sebuah kedai pajak gadai di negeri ini,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata empat daripada enam suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau di bawah kesalahan jenayah dan dadah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
345 Polis bertugas untuk raptai, Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Pulau PinangGEORGE TOWN: Polis akan menugaskan seramai 345 pegawai dan anggota sepanjang raptai dan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Pulau Pinang yang bermula e...
Read more »
Mesej tular Mpox tersebar di Pulau Pinang tak benarGEORGE TOWN : Kerajaan negeri menafikan dakwaan yang tular di satu aplikasi media sosial yang menyatakan bahawa gejala Monkey Pox (Mpox) telah tersebar di Pulau Pinang ketika ini.
Read more »
Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selesai dipuliharaBukti kepesatan pembangunan negara tidak menjejaskan sebarang warisan dan nilai sejarah.
Read more »
Rapid Bus perkenal perkhidmatan DRT pertama di Pulau PinangGEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang memperkenalkan perkhidmatan percubaan Demand Responsive Transit (...
Read more »
Rakyat Pulau Pinang diseru kibar Jalur GemilangBUTTERWORTH: Rakyat Pulau Pinang diseru mengibarkan Jalur Gemilang di tempat kediaman, tempat kerja, tempat beriadah serta di mana-mana ruang awam di ...
Read more »
Ceroboh zon perikanan , APMM Pulau Pinang tahan empat nelayanGEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang hari ini menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat...
Read more »