GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang hari ini menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat...
: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang hari ini menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat kru kerana menangkap ikan di luar kawasan yang dibenarkan di perairan negeri itu.
Pengarahnya Kapten Razali Kasim berkata bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan terus ke lokasi di kedudukan 0.9 batu nautika tenggara Batu Maung dekat sini selepas menerima aduan mengenai kegiatan pencerobohan zon perikanan. “Kami membuat pemeriksaan di atas bot itu pada 2 petang dan mendapati terdapat empat nelayan tempatan berusia 42 hingga 64 tahun melakukan kegiatan menangkap ikan di luar kawasan yang dibenarkan.
“Kesemua nelayan ditahan manakala bot bersama hasil tangkapan dianggarkan 500 kilogram ikan baja dirampas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen,“ menurutnya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata mereka turut disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 iaitu menggunakan peralatan komunikasi yang tidak dibenarkan tanpa sebarang surat kebenaran bagi penggunaannya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Maritim Malaysia temukan 160kg daging penyu kering cuba diseludup di KudatKOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah menemukan 160 kilogram (kg) daging penyu kering dalam...
Read more »
Rakyat Pulau Pinang diseru kibar Jalur GemilangBUTTERWORTH: Rakyat Pulau Pinang diseru mengibarkan Jalur Gemilang di tempat kediaman, tempat kerja, tempat beriadah serta di mana-mana ruang awam di ...
Read more »
Rapid Bus perkenal perkhidmatan DRT pertama di Pulau PinangGEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang memperkenalkan perkhidmatan percubaan Demand Responsive Transit (...
Read more »
Wildan johan Nasyid Pulau PinangWildan johan Nasyid Pulau Pinang
Read more »
KPDN Pulau Pinang lupus 49,488 barang rampasan bernilai RM2.34 jutaBUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan 49,488 unit pelbagai barangan rampasan bernilai...
Read more »
Tiada halangan bangunkan tanah untuk bumiputera di Pulau PinangBUKIT MERTAJAM: Kerajaan negeri tidak menghalang hasrat mana-mana pihak untuk membangunkan tanah di Pulau Pinang bagi meningkatkan pegangan hartanah b...
Read more »