JUMLAH itu melibatkan sebanyak 4,633 kertas siasatan dalam tempoh 1997 hingga kini.
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM5.6 juta. Timbalan Ketua Polis negeri, Norhalid Kimi berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 4,633 kertas siasatan dalam tempoh 1997 hingga kini.
Katanya, antara dadah berkenaan ialah ganja seberat hampir 53 kilogram, daun ketum , heroin , pil kuda , syabu , eramin dan ecstasy . “Turut dilupuskan ialah cecair ketum seberat 102,890 liter dan ubat batuk manakala baki 92.85 kilogram dan 105,900 liter lagi dadah pelbagai jenis dikendalikan syarikat pelupusan sisa pepejal, Kualiti Alam Sdn. Bhd.,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu. Sementara itu, Norhalid berkata, nilai rampasan dadah di Terengganu tahun ni meningkat hampir sekali ganda kepada RM5.2 juta berbanding RM2.8 juta pada 2020. Katanya, jumlah tangkapan dari Januari hingga kini pula membabitkan seramai 1,159 individu yang disiasat mengikut Seksyen 39A, 39A dan 39B Akta Dadah Berbahaya berbanding 882 orang dalam tempoh sama tahun lalu. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis konsisten banteras judi, maksiat - Utusan DigitalBagi membanteras aktiviti maksiat, tindakan melalui Op Noda dijalankan dan menahan 152 individu daripada 41 serbuan atas pelbagai kesalahan hiburan dan maksiat.
Read more »
Polis tembak mati 25 perompak bank di Brazil - Utusan DigitalKumpulan penjenayah itu 'berputih mata' selepas markas mereka diserbu polis
Read more »
Polis Perak tingkat pemantauan SOP sepanjang Deepavali - Utusan DigitalKITA tidak mahu keadaan yang tidak terkawal menyebabkan penyebaran Covid-19 yang boleh menggugat kesihatan orang ramai.
Read more »
Polis gempur 'port' dadah di Kuala Perlis, Simpang Empat - Utusan DigitalTangkapan tersebut meliputi kesalahan pembekalan dadah, penagihan dadah, individu dikehendaki dan penyalahgunaan ketum.
Read more »
Anggota polis dirikan sekolah pondok untuk anak-anak banduan - Utusan DigitalAnggota polis dirikan sekolah pondok untuk anak-anak banduan
Read more »
