Peruntukan RM31.8 juta bina masjid di Negeri Sembilan, kata MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, beliau memohon peruntukan untuk membina masjid ketika bertemu perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Februari, 2023.
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM31.8 juta bagi pembinaan lima masjid di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun. Aminuddin berkata masjid itu adalah Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Ulu Beranang, Masjid Kariah Talang Tengah, Masjid Tunku Munawir Seri Menanti dan Masjid Bongek.
“Dalam pertemuan pertama saya bersama Perdana Menteri, saya memohon peruntukan bagi pembinaan lima masjid di negeri ini. Mewakili kerajaan negeri saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini. Aminuddin berharap dengan pembinaan masjid itu, syiar Islam terus bersinar di negeri itu. – Bernama, 18 Februari, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PN belum bincang nama KJ sebagai MB Negeri SembilanKOTA BHARU: Pas mengesahkan Perikatan Nasional (PN) masih belum membincangkan nama bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Read more »
RM31 million spent on Sulu group legal dispute, says Azalina | The Malaysian InsightSum covers cost of international legal services, court proceedings, translations, research from November 2019 till January 2023.
Read more »
Kes mahkamah tuntutan Sulu libat kos RM31 juta, kata Azalina | The Malaysian InsightIa melibatkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan bermula 20 November 2019 hingga 20 Januari lalu.
Read more »
Perdana Menteri lulus peruntukan bina lima masjid baharu di NSIa melibatkan peruntukan sebanyak RM31.8 juta yang merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pembinaan.
Read more »
Mustahil PN takluk enam negeriBersatu bukanlah parti yang dapat sokongan padu daripada orang Melayu dan kekuatannya adalah jentera Pas yang mempunyai strategi tersusun.
Read more »
Muip sedia selaras bantuan bencana Turkiye bersama kerajaan negeriMuip menyokong penuh usaha penyaluran bantuan ke negara itu dan sedang berbincang berhubung pelaksanaannya.
Read more »