Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat pihaknya masih belum menerima permohonan daripada KJ untuk menyertai PN.
“Tengoklah kalau beliau memohon menyertai PN, kita akan fikir di Dewan Undangan Negeri mana sesuai untuk beliau bertanding dan sebagainya.
“Kita tetap berlapang dada dan terbuka menerima beliau serta lain-lain pemimpin atau ahli UMNO yang dipecat atau digantung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bangunan Asrama Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwan di Kampung Kota, di sini hari ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu, pada masa sama Pas turut mengalu-alukan ahli-ahli Pakatan Harapan yang tidak bersetuju dengan persepakatan politik bersama kluster mahkamah untuk bersama PN.
Media sebelum ini melaporkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan bersedia menawarkan jawatan Menteri Besar kepada KJ sekiranya beliau mahu bertanding PRN di negeri itu di bawah tiket Bersatu. Pengerusinya, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, soal menteri besar adalah persoalan kecil kerana paling penting adalah memastikan kemenangan kepada Bersatu dan PN.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Parlimen: Kerajaan tidak pilih kasih salur bantuan banjirKerajaan tidak pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir termasuk di negeri-negeri Pantai Timur.
Read more »
Bekas pekerja kilang dipenjara sembilan tahun, empat sebatanPUTRAJAYA: Seorang bekas pekerja kilang kekal dipenjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas tiga kesalahan merompak bersenjatakan pisau dan mencuri di tiga buah kedai serbaneka di Johor Bahru, Johor dua tahun lalu.
Read more »
Mustahil PN takluk enam negeriBersatu bukanlah parti yang dapat sokongan padu daripada orang Melayu dan kekuatannya adalah jentera Pas yang mempunyai strategi tersusun.
Read more »
Pas tagih 'tsunami' sokongan PRU-15 untuk menang PRNTimbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada PRN itu nanti Pas menonjolkan 30 hingga 40 muka baharu termasuk dalam kalangan Dewan Pemuda Pas dan muslihat sebagai pelapis.
Read more »
Kelantan belum luluskan lesen nadir bumiBercakap kepada Utusan Malaysia Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini kerajaan negeri telah memperoleh maklumat beberapa kawasan yang mempunyai REE di negeri ini daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Read more »
Tinggalkan Jeneri, Mahfuz cabar Sanusi bertanding di Derga, Kota Darul AmanTindakan itu perlu dibuat bagi memperlihat dirinya sebagai Menteri Besar yang memiliki sokongan secara menyeluruh daripada rakyat Kedah
Read more »