Kerajaan bersetuju menaikkan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
“Kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 ringgit dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut memaklumkan, tanpa kelulusan Bajet Sementara, bermula 1 Januari 2023 nanti, kerajaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan asas kepada masyarakat seluruhnya. “Tanpa kelulusan Bajet Sementara bermula 1 Januari 2023 nanti, kerajaan tidak dapat berfungsi dan tidak dapat menyediakan perkhidmatan asas seperti bekalan ubat-ubatan di hospital, pemberian makanan kepada pelajar yang memerlukan di sekolah, bantuan kebajikan kepada golongan OKU dan penerima kebajikan lain dan pelbagai lagi perkhidmatan dan bantuan lain untuk kesejahteraan rakyat dan perniagaan.
“Saya akan bentangkan semula Belanjawan 2023 pada Februari 2023. Sudah tentu Kerajaan Perpaduan akan membentangkan Belanjawan 2023 yang lebih baik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuh prestasi ekonomi,” ujarnya lagi. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sabah’s 2023 new ocean golf experience tourismTuaran: Shangri-La Rasa Ria’s ‘Ocean Golf’ experience tourism was launched by Deputy Chief Minister and Ministry of Industrial Development Datuk Dr Joachim Gunsalam on Dec 16 at the resort’s beach front with participation of local and Korean golfers teeing off with “Biodegradable Fish Food Golf Balls” into the South China Sea.
Read more »
HTC could launch new flagship AR/VR headset at CES 2023 | TechNaveWith 2023 around the corner, tech companies are preparing for CES 2023 (5-8 January 2023). There would be over 3000 exhibitors at the in-person event
Read more »
Kejohanan Supajaguh 2023 platform cungkil bakat akar umbiKejohanan yang akan berlangsung di padang Tigre Arena Sungai Buloh itu terbuka kepada semua kelab dan persatuan dari seluruh negara dan penyertaan adalah terhad untuk 32 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Read more »
Tax Matters – Budget 2023: Ideas for the government to considerBudget 2023, announced by the previous finance minister, was the largest ever budget at RM372 billion. This cannot carry on since our country’s debt has already exceeded RM1 trillion. theSun theSundaily Opinion Budget2023 Malaysia economy
Read more »
Pearly-Thinaah stay upbeat for 2023 despite imperfect end to breakthrough yearPETALING JAYA: It was not the best ending to the year for national No. 1 women’s doubles pair Pearly Tan-M. Thinaah but the pair are staying upbeat ahead of upcoming challenges next season.
Read more »