Kota Kinabalu: Pendekatan mudah atau “tidak melampau” adalah formula terbaik untuk memajukan umat Islam tanpa menjejaskan kedudukan orang bukan Islam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata pendekatan itu amat sesuai bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya seperti yang wujud di Sabah, negeri yang menjadi rumah kepada 33 kumpulan peribumi yang menuturkan 50 bahasa dan 80 dialek etnik. “Justeru, tidak dinafikan kesederhanaan yang kita amalkan amat penting dalam mengekalkan dan memupuk keharmonian dan perpaduan dalam negeri dan negara berbilang agama,” katanya.
Menurutnya, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera.“Perbezaan agama bukan penghalang untuk kita hidup dalam suasana harmoni dan aman, ia juga tidak akan menjadi punca untuk kita hidup permusuhan turun-temurun. Beliau berkata penganjuran program ijtimak itu dapat memberi pencerahan terhadap beberapa isu berkaitan hal ehwal agama, selain memberi kefahaman yang jitu dalam hal ehwal agama Islam antara agensi agama terbabit.
Ini kerana, katanya kebersamaan dan perpaduan adalah kekuatan kepada agensi agama dalam menghadapi cabaran mengurus hal ehwal Islam yang semakin mencabar.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Help make homes in Sabah more affordable, Hajiji tells surveyorsKOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor wants surveyors to play a role in ensuring more affordable homes and properties in Sabah.
Read more »
Hajiji: Surveyors should work with industry players to lower housing costs in SabahKOTA KINABALU: Surveyors should work together with industry players, to find a solution to create a more efficient housing supply chain and delivery s...
Read more »
Hajiji: Juruukur perlu bekerjasama dengan pemain industri turunkan kos perumahan di SabahKOTA KINABALU: Juruukur bangunan perlu bekerjasama dengan pemain industri dalam mencari penyelesaian ke arah mewujudkan rantaian bekalan dan sistem pe...
Read more »
Hajiji urges surveyors to help lower house pricesKota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said surveyors should work with industry players to find a solution to lower property and construction costs in Sabah.
Read more »
MSAM 2023: Pendekatan hibrid mampu tarik lebih ramai pengunjung“Kedatangan kami ke sini tidak sia-sia kerana banyak maklumat terbaharu tentang Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan produk yang berkaitan dengannya termasuk promosi terkini serta sebagainya dapat kami ambil,' kata seorang pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam, di sini.
Read more »
Hajiji urges local contractors to work hand-in-hand with PetronasKota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has urged local contractors to work hand-in-hand with Petronas to ensure greater oil and gas revenue sharing for Sabah in the whole value chain.
Read more »