“Kedatangan kami ke sini tidak sia-sia kerana banyak maklumat terbaharu tentang Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan produk yang berkaitan dengannya termasuk promosi terkini serta sebagainya dapat kami ambil,' kata seorang pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam, di sini.
KEPALA BATAS: “Kedatangan kami ke sini tidak sia-sia kerana banyak maklumat terbaharu mengenai Amanah Saham Nasional Bhd. termasuk produk terkini dan promosi istimewa sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 yang boleh kami pelajari dan ambil manfaat,” kata seorang pengunjung MSAM di Setia Fontaines, Bertam, di sini.
Inisiatif ini mencerminkan usaha dan kesungguhan berterusan PNB untuk mendidik rakyat mengenai ilmu dan manfaat pelaburan, yang selari dengan komitmennya meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam tempoh yang sama, penganjuran karnival itu secara berterusan telah melayakkannya untuk menerima anugerah ‘Longest Running Unit Trust Exhibition 14 years’ pada tahun 2014 daripada The Malaysia Book of Records selain pengiktirafan ‘Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2015 ’ daripada Enterprise Asia.
Menerusi konsep tersebut, pengunjung yang tidak berkesempatan untuk datang ke lokasi penganjuran tahun ini iaitu di Setia Fontaines, Bertam di sini juga masih berpeluang untuk turut-serta secara dalam talian. Pada masa yang sama, mereka yang mahu mengakses karnival itu secara digital menerusi laman Youtube pula boleh berbuat demikian di pautan https://www.youtube.com/@MingguSahamAmanahMalaysia.