Berdasarkan afidavit balasan bagi permohonan itu, pendakwa raya selaku responden pertama membantah permohonan tersebut.
: Pihak pendakwaan membantah permohonan Datuk Wan Saiful Wan Jan bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa yang dihadapi bekas Ketua Penerangan Bersatu itu.
“Dokumen-dokumen berkaitan pertuduhan termasuk penyata bank Maybank milik syarikat Nepturis Sdn Bhd telah diserahkan kepada pihak pemohon mengikut pertuduhan-pertuduhan melalui serahan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” kata pendakwa raya dalam afidavit itu. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah kepada ketiga-tiga responden untuk memberi tiga penyata bank Maybank atas nama Nepturis Sdn Bhd bagi tempoh Januari 2021 hingga Disember 2023 kepada pemohon sama ada dalam bentuk fizikal atau peranti storan digital.
“Dokumen-dokumen ini perlu kerana ia berkaitan pertuduhan yang dikenakan terhadap saya dan ia relevan bagi membolehkan mahkamah memperoleh pemahaman lengkap serta holistik berkenaan fakta-fakta material, keterangan dalam kes ini dan pembelaan saya bagi mencapai suatu keputusan yang adil,” katanya dalam afidavit itu.
Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Wan Saiful berkata pihaknya akan membantah permohonan pendakwaan untuk mengetepikan dua responden itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM46,487.85 Transferred into Company Account During Wan Saiful's TrialIn the ongoing corruption and money laundering trial of former Bersatu Information chief Datuk Wan Saiful Wan Jan, a key piece of evidence emerged demonstrating a bank transfer of RM46,487.85 into a company account. The Sessions Court heard testimony from Ong Jen Ne, a bank manager, who confirmed the transaction.
Read more »
Listening as an act of kindness — Wan Afiqah Anis Wan AhmadJANUARY 21 — The simple act of listening is often undervalued in today’s fast-paced world, where conversations can feel like competitions to be heard. Yet, listening without...
Read more »
Lelaki OKU mental, keluarga dihadiah pakej umrahHasrat tersebut disampaikan Pengerusi Pertubuhan Idealis Anak Muda, Wan Mahussin Wan Zain
Read more »
Lantikan baharu MPT bukti Bersatu tidak ketandusan pemimpinAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan yakin barisan kepimpinan yang baharu dilantik dapat memperkukuh parti mendepani pilihan raya akan datang.
Read more »
‘Datuk Seri suka buat andaian’ – Pendakwaan kes 1MDBPUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menafikan perbualan telefon di antaranya dengan bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd. Bakke Salleh sadalah untuk mempengaruhi Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berhubung usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd. (PSI).
Read more »
Mahkamah tolak permohonan pendakwaan kes lima ahli keluarga penyerang balai polis Ulu Tiram dibicara bersamaMereka terdiri daripada bapa penyerang berkenaan, ibunya dan tiga adik-beradiknya.
Read more »