Pencuri solo tumpas

Malaysia News News

Pencuri solo tumpas
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

shahalam Memecah masuk premis kedai yang gelap dan tiada sistem penggera menjadi modus operandi seorang pencuri solo yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kegiatannya itu akhirnya berjaya dikesan dan lelaki itu ditahan dalam Ops Pintu dua hari lalu susulan aduan pecah kedai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .

"Susulan laporan itu, beberapa operasi dijalankan hingga suspek ditahan pada Rabu lalu pada 11.25 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam di Kampung Padang Jawa," katanya ketika sidang media di IPD Shah Alam, hari ini. Katanya, sebuah kenderaan yang digunakan dan beberapa barangan di rumah suspek yang dipercayai hasil kegiatan jenayah terbabit juga dirampas.

"Suspek yang positif dadah itu didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau yang sudah dijatuhkan hukuman masing-masing membabitkan satu kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dua kes Seksyen 392 Kanun Keseksaan ," katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Geng Walid tumpasGeng Walid tumpashuluselangor Geng Walid yang dipercayai menjadi punca kegiatan pecah rumah berleluasa dan mencuri sarang burung walid di daerah Hulu Selangor berjaya ditumpaskan, semalam.
Read more »



Render Time: 2025-03-03 02:06:16