huluselangor Geng Walid yang dipercayai menjadi punca kegiatan pecah rumah berleluasa dan mencuri sarang burung walid di daerah Hulu Selangor berjaya ditumpaskan, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun pada 1.30 petang di bangunan sarang burung walid yang terletak di Jalan Stesen, Rasa di Hulu Selangor.
"Kami berjaya menangkap kesemua suspek yang cuba meloloskan diri. Siasatan awal yang dilakukan mendapati bangunan sarang burung itu diceroboh mereka dengan memotong mangga pintu dengan pisau pemotong. Beliau berkata, polis juga berjaya merampas dua mesin pengisar , spanar dan pemutar skru digunakan untuk tujuan pecah rumah dan bangunan sarang itu yang diletakkan dalam kereta jenis Toyota Camry milik ketua geng itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sindiket seludup dadah ke Singapura guna kurier tumpas | The Malaysian InsightPolis berjaya menahan 30 ahli sindiket berkenaan melalui 33 serbuan.
Read more »
3 warga Rohingya pecah 15 rumah ditahankulai Tiga warga Rohingya termasuk seorang wanita yang juga saki baki geng 'Tailong' ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar daerah Kulai sejak dua bulan lalu.
Read more »