Hari pertama persidangan Dewan Rakyat tertumpu kepada kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir.
Dalam Aturan Urusan mesyuarat, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan mengajukan soalan mengenai tindakan kerajaan menangani cabaran tersebut demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Ia disusuli dengan soalan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Perdana Menteri menyatakan perangkaan terkini butiran kategori pendapatan berkenaan isi rumah mengikut kategori B40, M40 dan T20 menurut pecahan tahun bermula 2019 sehingga 2022. Begitu juga Datuk Rubiah Wang yang turut ingin tahu mengenai status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir pada hujung tahun ini.
Fong Kui Lun pula meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan persiapan kementerian itu bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda Kuala Lumpur pada akhir tahun ini. Persidangan kali ini bakal menyaksikan pembentangan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 2022, Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2022, Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 2022 dan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar 2022 untuk bacaan kali pertama.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cabaran ekonomi, persiapan banjir tumpuan hari pertama Dewan Rakyat | The Malaysian InsightPersidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung hingga 29 November.
Read more »
Agong perlu ikut nasihat PM untuk bubar Dewan, kata pakar | The Malaysian InsightPM masih belum hilang kepercayaan majoriti ahli Dewa, kata Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
Read more »
20 Katekis Pemimpin Ibadat Sabda diutus pada Hari Malaysia di Kuala PenyuHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Rezeki 'ringan tulang', anak pemandu lori terima pembiayaan Sulung'Alhamdulillah hari ini saya dapat pembiayaan penuh termasuk yuran pengajian, belanja harian dan tempat penginapan...
Read more »
PM didakwa menghadap Agong minta bubar ParlimenPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.
Read more »