BERITA NASIONAL TERKINI PARLIMEN: PAC siasat kementerian rugi dalam laporan audit
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu melibatkan isu terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara, pengurusan pandemik Covid-19 dan isu penyata kewangan beraudit Felcra Berhad.
“Prosiding ini bermula dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi. “Selain itu, ia turut membabitkan pembekal jentera tidak menepati jadual yang menyebabkan kerugian RM3.12 juta dan pembaziran sebanyak RM870,000 juta bagi jentera belum digunakan dan rosak,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.Mas Ermieyati berkata, PAC akan memanggil KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 15 Jun ini bagi memberi penjelasan mengenai isu pengurusan pandemik Covid-19 yang dibangkitkan dalam LKAN.
Selain itu, katanya, PAC juga akan memanggil KSU Perbendaharaan Kementerian Kewangan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad pada 27 Jun ini bagi menjawab isu kedudukan kewangan Felcra Berhad yang tidak dapat dirumuskan.“Selain itu, PAC juga akan mendapatkan taklimat berkenaan Program Jana Wibawa daripada Kementerian Kewangan,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PARLIMEN: Prosiding terbuka PAC seawal tahun depanGesaan supaya prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya dijalankan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam diharap dapat
Read more »
PARLIMEN: Ahli Parlimen PH kecam MB Kedah keluarkan kenyataan lucah, perkaumanAhli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini tampil mengecam tindakan Muhammad Sanusi Md. Nor yang dilihat terus mencetus kontroversi
Read more »
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air | The Malaysian InsightPembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan kerajaan Kelantan dan persekutuan minggu lepas.
Read more »
Ahli Parlimen persoal kerosakan, pembaziran dalam laporan audit | The Malaysian InsightMenurutnya KKM tidak melakukan dokumentasi yang betul dengan pembekalnya.
Read more »
PARLIMEN: Pendakwaan individu dalam projek LCS memang berlaku'Langsung tiada pendakwaan itu tidak benar. Pendakwaan berlaku cuma yang kementerian tidak puas hati kerana telah membelanjakan banyak untuk LCS tetapi hasilnya belum dilihat.'
Read more »