Beyond the Breaking News

Pandangan simplistik tanpa fakta, giliran Ismail bidas Ahmad Maslan

Malaysia News News

Pandangan simplistik tanpa fakta, giliran Ismail bidas Ahmad Maslan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pandangan simplistik tanpa fakta, giliran Ismail bidas Ahmad Maslan FMTNews FMTBerita

Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun BN menang selesa pada PRN Melaka dan Johor, namun beliau menerima laporan situasi berbeza jika Parlimen dibubarkan. PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob membidas Ahmad Maslan kerana memiliki pandangan simplistik tanpa fakta susulan perdana menteri ketika itu tidak membubarkan Parlimen selepas kemenangan besar Umno pada PRN Melaka dan Johor.

Ismail berkata, hakikatnya tanggapan tanpa statistik Ahmad yang ketika itu menjadi setiausaha agung menjadi penyebab Barisan Nasional kalah, pada PRU15. Katanya, beliau mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang. “Semasa itu, ekonomi sedang dalam proses pemulihan selepas kita terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Sepatutnya proses pemulihan diteruskan bukan dengan membubarkan Parlimen. “Namun kerana yakin menang tanpa fakta, akhirnya BN kecundang dalam PRU15. PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN dalam PRU. Keadaan politik negara amat dinamik,” katanya dalam kenyataan. Mengimbas keyakinan Umno yang mengunjurkan BN mampu melepasi 112 kerusi dan boleh membentuk kerajaan secara solo dipersoalnya, jika ada kajian sikap secara komprehensif dilaksanakan yang akhirnya menyebabkan BN sekadar tinggal 30 kerusi sahaja. “Usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat telah mula menunjukkan hasil. Buktinya, ekonomi negara berkembang sebanyak 8.7% pada tahun 2022, terbaik di rantau Asia Tenggara, malah antara yang tertinggi di dunia tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan kerana desakan berterusan supaya Parlimen dibubarkan,” katanya. Bekas naib presiden Umno itu berkata, PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN pada PRU. “PRU melibatkan isu nasional. Apatah lagi persepsi terhadap BN secara keseluruhannya masih tidak baik pada ketika itu,” katanya. Katanya, “punca sebenar” kekalahan BN kerana mempunyai bekas setiausaha agung Umno yang hanya sekadar boleh membuat “andaian mudah” berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat persekutuan kepada BN.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

30 tahun PAS jaga Kelantan, air tetap berkarat, kata Ahmad Zahid | The Malaysian Insight30 tahun PAS jaga Kelantan, air tetap berkarat, kata Ahmad Zahid | The Malaysian InsightPresiden Umno seru pengundi Kelantan beri peluang kepada kerajaan perpaduan jaga kebajikan mereka.
Read more »

UMNO terus tuntut keadilan buat Najib - Ahmad ZahidUMNO terus tuntut keadilan buat Najib - Ahmad Zahid'Bukti' tersebut disampaikan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nizar Najib menerusi klip video semasa ucapan Ahmad Zahid...
Read more »

Tajuddin blames Ahmad Maslan for Umno woes | The Malaysian InsightTajuddin blames Ahmad Maslan for Umno woes | The Malaysian InsightSuspended member says former sec-gen was poor adviser to party president.
Read more »

Tajuddin salahkan Ahmad Maslan berhubung masalah dalam Umno | The Malaysian InsightTajuddin salahkan Ahmad Maslan berhubung masalah dalam Umno | The Malaysian InsightTajuddin yang digantung 6 tahun berkata beliau bukan penasihat yang baik kepada presiden.
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:47:04