IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 76 pendatang warga Myanmar, Thailand dan Indonesia yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan im...
: Jabatan Imigresen Malaysia Perak menahan 76 pendatang warga Myanmar, Thailand dan Indonesia yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen dalam Ops Bersama di sekitar Pantai Remis, dekat Manjung malam semalam.
Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 50 lelaki, 22 wanita, empat kanak-kanak dan bayi, berumur seawal empat bulan hingga 61 tahun, ditahan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan keatas 153 individu dalam operasi itu. Beliau berkata mereka dihantar ke Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63, termasuk mengikut kesalahan di bawah Peraturan 39 Peraturan-Peraturan Imigresen.
“Antara kesalahan yang dilakukan adalah memasuki Malaysia tanpa pas sah, tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas dan melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Meor Hezbullah berkata selain 125 anggota JIM, operasi berkenaan turut melibatkan 100 anggota Pasukan Gerakan Am dan 35 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kanak-kanak putus kepala disambar buaya semasa mandi pantaiSiasatan awal mendapati kejadian itu berlaku semasa mangsa bersama lima rakan lain mandi di Pantai Sinakut.
Read more »
Imigresen tahan 43 warga asing dalam Op Kutip di KluangJOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 43 pendatang tanpa izin dan seorang majikan rakyat tempatan dalam serbuan di sebuah tapak projek...
Read more »
Imigresen beri amaran kepada warga asing berniaga secara haram musim DeepavaliKUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur memberi amaran kepada warga asing terutama pendatang tanpa izin supaya tidak mengambil kes...
Read more »
33,807 tahanan imigresen warga asing dihantar pulang ke negara asal masing-masingMenerusi rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), seramai 33,807 orang tahanan warga asing di semua depot imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing setakat 30 September lalu.
Read more »
Imigresen KL gempur dua premis perniagaan, 32 warga asing ditahan di SentulKUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur telah menggempur dua premis perniagaan dan menahan 32 warga asing yang didapati bekerja ta...
Read more »
Imigresen tahan 151 pendatang tanpa izin di Negeri SembilanSEREMBAN: Seramai 151 pendatang asing tanpa izin ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIMNS) Negeri Sembilan dalam operasi Ops Timur 2.0 yang dija...
Read more »