33,807 tahanan imigresen warga asing dihantar pulang ke negara asal masing-masing

Malaysia News News

33,807 tahanan imigresen warga asing dihantar pulang ke negara asal masing-masing
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Menerusi rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), seramai 33,807 orang tahanan warga asing di semua depot imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing setakat 30 September lalu.

PETALING JAYA: Menerusi rekod Jabatan Imigresen Malaysia , seramai 33,807 orang tahanan warga asing di semua depot imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing setakat 30 September lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka terdiri daripada 24,542 lelaki dewasa, 8,087 wanita dewasa, 681 kanak-kanak lelaki dan 497 kanak-kanak perempuan.“Tahanan yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian yang sah akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak UNHCR bagi tujuan pengesahan dan sebelum dibebaskan.

“Pengesahan daripada pihak UNHCR dibuat sebagai langkah memastikan penghantaran pulang tahanan tidak melanggar prinsip non-refoulment,” katanya.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, JIM sentiasa berusaha melaksanakan penghantaran pulang tahanan dengan segera melalui jalinan kerjasama dengan perwakilan asing untuk urusan pengeluaran dokumen perjalanan kepada tahanan sebelum dihantar pulang.

“Pemindahan pulang tahanan di depot imigresen dilaksanakan berdasarkan arahan tetap Ketua Pengarah Imigresen mengenai pentadbiran dan pengurusan depot imigresen,” katanya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

EAIC siasat salah laku pegawai Imigresen, 156 fail disitaEAIC siasat salah laku pegawai Imigresen, 156 fail disitaSuruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat pegawai Jabatan Imigresen.
Read more »

Tujuh wanita Vietnam dipukul, dipaksa jadi pekerja seks diselamatkanTujuh wanita Vietnam dipukul, dipaksa jadi pekerja seks diselamatkanJabatan Imigresen selamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang dipaksa menjadi pekerja seks.
Read more »

JAS sangkal dakwaan jadi penghalang pembangunan isu kelewatan EIAJAS sangkal dakwaan jadi penghalang pembangunan isu kelewatan EIAJabatan Alam Sekitar (JAS) menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya jabatan ini menjadi penghalang kepada pembangunan negara
Read more »

Pusat hiburan karaoke tawar GRO warga Myanmar diserbuPusat hiburan karaoke tawar GRO warga Myanmar diserbuSebuah rumah kedai yang diubah suai sebagai pusat hiburan karaoke dan menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Myanmar, digempur Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak, malam tadi.
Read more »

Imigresen Kuala Lumpur bongkar pusat karaoke tawar GRO Korea SelatanImigresen Kuala Lumpur bongkar pusat karaoke tawar GRO Korea SelatanJabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur membongkar kegiatan sebuah pusat karaoke (KTV) eksklusif di Solaris di sini, yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Korea Selatan, awal pagi tadi.
Read more »

Ops Sapu: JIM Kelantan tahan 30 PATIOps Sapu: JIM Kelantan tahan 30 PATIKOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Kutip selama dua hari di sekitar bandar ini dan Pasir Puteh bermula kelmarin hingga semalam.
Read more »



Render Time: 2025-02-14 20:12:58