Pengurusan jenazah kesemua baki sembilan mangsa nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, selesai diurus dan disolatkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di sini, pada pukul 12.25 tengah hari.
Jenazah pertama disolatkan, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sekitar pukul 10 pagi selepas ia dituntut oleh keluarga di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pagi tadi.
Ketiga-tiga jenazah itu tiba di masjid berkenaan secara berperingkat di antara pukul 10.20 pagi hingga 10.45 pagi. Sesi solat jenazah terakhir melibatkan mangsa Allahyarham Idris Abdul Talib @ Ramali, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan dan Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim yang dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Baraq Benus, Bentong; Klang Gate, Ampang dan Presint 20, Putrajaya.
Seramai 10 warga tempatan maut dalam nahas sebuah pesawat ringan persendirian pada pukul 2.40 petang, Khamis Lalu di Persiaran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, yang dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan sediakan pengurusan jenazah mangsa nahas pesawat, penginapan untuk warisKerajaan sediakan pengurusan jenazah mangsa nahas pesawat, penginapan untuk waris - Anwar
Read more »
KPN: Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat terhempas dijangka selesai IsninKLANG: Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmin...
Read more »
Nahas pesawat: Baki sembilan jenazah diserah kepada waris esokBaki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, kelmarin akan diserahkan kepada warisnya esok.
Read more »
Ujian DNA sembilan mangsa nahas pesawat selesaiKLANG: Proses ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui identiti sembilan lagi mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas be...
Read more »
Nahas pesawat: Kerajaan sedia bantuan penginapan waris, urus jenazahPengurusan jenazah kesemua 10 mangsa nahas pesawat ringan dekat Persiaran Elmina, Shah Alam semalam, akan dibantu oleh kerajaan termasuk kelengkapan bagi urusan pengembumian dan sebagainya.
Read more »
Kerajaan bantu penginapan waris, urus jenazahPengurusan jenazah kesemua 10 mangsa nahas jet eksekutif dekat Persiaran Elmina, Shah Alam kelmarin akan dibantu oleh kerajaan termasuk penginapan dan urusan pengebumian.
Read more »