Pengurusan jenazah kesemua 10 mangsa nahas pesawat ringan dekat Persiaran Elmina, Shah Alam semalam, akan dibantu oleh kerajaan termasuk kelengkapan bagi urusan pengembumian dan sebagainya.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan pelbagai bantuan akan disalurkan kepada waris dan ahli keluarga termasuk penginapan kepada mereka sehingga pengebumian jenazah disempurnakan.
“Sekarang ini kita beri semua bantuan diperlukan untuk uruskan jenazah, semua kelengkapan, penginapan dan semua yang selain daripada itu kerajaan akan beri bantuan kepada keluarga untuk menampung terutama bagi keluarga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap di pihak keluarga,” katanya, kepada pemberita, hari ini.
Bagaimanapun, pesawat terbabit terputus hubungan dengan menara kawalan sebaik sahaja mendapat kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan. Sementara dua lagi merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di Persiaran Elmina berhampiran susur masuk Lebuhraya Koridor Guthrie dari arah Denai Alam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Nahas pesawat: Allahyarham Johari dalam urusan rasmi Kerajaan PahangKeberadaan ADUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dalam pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas adalah bagi tujuan rasmi Kerajaan Negeri Pahang.
Read more »
Persiaran Elmina dijangka dibuka tengah hari iniPolis menjangkakan Persiaran Elmina, Seksyen U16 di sini yang ditutup akibat insiden tragedi pesawat ringan terhempas semalam akan dibuka kepada orang awam pada tengah hari ini selepas kerja-kerja terakhir operasi pencarian selesai.
Read more »
Polis minta individu rakam detik nahas tampil bantu siasatanPengguna jalan raya yang merakam detik sebelum nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di sini, semalam
Read more »
Nahas pesawat: 10 petugas forensik terlibat proses bedah siasatKira-kira 10 pegawai dan kakitangan forensik akan ditugaskan bagi proses bedah siasat ke atas 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam.
Read more »
Nahas pesawat: Jenazah 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik HTARJenazah 10 mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam tiba di Jabatan Forensik HTAR di sini, awal pagi ini.
Read more »
Nahas pesawat: Mayat mangsa dibawa ke HTARKesemua 10 mayat yang terlibat dalam nahas pesawat ringan persendirian dekat Persiaran Elimina, di sini ditemui dan dibawa ke HTAR.
Read more »