Menu Rahmah mampu bertahan sampai bila?
ADA pihak yang menyokong dan tidak kurang yang menentang langkah kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah sehingga melihat ia sebagai bersifat populis semata-mata.
Ia membantu mendapat makanan dengan nutrisi lengkap pada harga berpatutan bagi mereka yang memerlukan. Lagipun kita perlu ingat ini bukan paksaan dan ia telah dijelaskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat demi memastikan semua rakyat dapat makan. Kita tidak untung tetapi dalam masa sama kita tidak rugi.Ramai beranggapan hanya perniagaan skala besar mampu berbuat demikian.
Ayam atau ikan semua sama.Tapi kalau kita masukkan sekali kos seperti sewa, operasi pekerja dan elektrik, semua sedia maklum ia akan jadi lebih. Lagipun banyak barang dalam Menu Rahmah ini barang kawalan. Memang betul orang cakap sayur mahal. Tapi bukan semua. Kobis contohnya, sekarang sudah turun harga. Jadi kita kena pandai-pandailah.Apabila kita lancarkan sahaja menu ini, ada cakap ini semua hanya hangat-hangat tahi ayam. Tapi saya jamin untuk tiga bulan pertama, stabil.
Sebetulnya begini. Kita ‘pegang’ asas gaji minimum lama. Pada saya ia kesilapan dalam melaksanakan polisi. Kita bayar gaji minimum RM1,500 dan graduan juga memperoleh jumlah yang lebih kurang sama sahaja. Lagi satu sekiranya ada diumumkan kenaikan gaji minimum, kerajaan tidak boleh beritahu dalam tempoh yang singkat. Sepatutnya 12 bulan lebih awal supaya syarikat ada perancangan. Kalau peniaga pula boleh ubah kos dan produktiviti.
Dalam erti kata lain sekat permit eksport mereka kalau bekalan tidak cukup. Sebab apa? Kita sudah tahu core structure . Masih sempat untuk kerajaan beritahu berapa juta stok ayam yang diperlukan untuk musim perayaan nanti. Masih ada masa lagi. Kerajaan perlu telus untuk buka kepada persaingan. Siapa ada kemampuan dan kebolehan beri sajalah mereka untuk buat.Peliknya sebab sampai sekarang kerajaan tidak beritahu apa-apa selepas dua ke tiga bulan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
UiTM sedia bincang laksana penjualan Menu RahmahKira-kira 160,000 mahasiswa UiTM bakal mendapat manfaat 'Menu Rahmah’ apabila kemudahan itu dirancang dalam masa terdekat.
Read more »
Ada peniaga belum sedia tawar hidangan Menu Rahmah'Kos bahan mentah adalah satu daripada kos perniagaan yang terpaksa kami tanggung selain kos-kos lain seperti gaji pekerja, kos utiliti dan lain-lain.'
Read more »
Lebih 100 bazar Ramadan di Pulau Pinang akan perkenal Menu RahmahSetakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat maklum balas positif mengenai penyediaan Menu Rahmah daripada para peniaga yang bakal menyertai bazar Ramadan bulan depan.
Read more »
Experts say Menu Rahmah only band-aid, Putrajaya must still address Malaysia’s low payKuala Lumpur: The Menu Rahmah initiative to offer balanced, cooked meals for only RM5 at selected food outlets is a good initiative, according to experts who nevertheless said the government should develop long-term solutions to Malaysia’s low wages.
Read more »
Kerajaan pertimbang beri insentif peniaga jual Menu RahmahSebagai contoh, restoran mamak mungkin boleh bantu dapatkan tambahan kuota jumlah pekerja dan lain-lain.
Read more »
Menu Rahmah: Domestic Trade Ministry mulls giving incentives to participating traders, says deputy ministerJOHOR BARU, Feb 10 — The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) is in discussions regarding providing incentives to operators of eateries who provide Menu Rahmah to...
Read more »