MB Perak dititah menghadap Sultan Nazrin hari ini
SELEPAS menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi mempersembahkan hasrat pembubaran Dewan Undangan Negeri pada Rabu lepas, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad telah dititahkan untuk menghadap Baginda hari ini.
Saarani memaklumkan beliau telah dititahkan untuk menghadap Sultan Perak hari ini ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di Ipoh hari ini.Difahamkan majlis menghadap hari ini berlangsung sekitar tengah hari di Istana Kinta selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak yang dihadiri Saarani.
Pada majlis menghadap pada Rabu lepas, Saarani mempersembahkan warkah permohonan pembubaran DUN kepada Sultan Perak, yang menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Saarani turut menyembah maklum mengenai pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober, serta syor supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan serentak.DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional , DAP , Amanah , Bersatu , PAS , PKR , PBM dan Bebas . – Bernama, 14 Oktober, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Saarani menghadap Sultan Perak di Istana KintaKehadiran Saarani yang juga ADUN Kota Tampan itu bagi memohon perkenan Sultan Nazrin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Read more »
MB Perak menghadap Sultan Nazrin mohon perkenan bubar DUN | The Malaysian InsightSaarani kelihatan memasuki Istana Kinta di Ipoh, pada kira-kira 2.08 petang.
Read more »
Perak MB arrives at Istana Kinta for audience with Sultan NazrinIPOH: Perak Mentri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad has arrived at Istana Kinta for an audience with Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
Read more »
Saarani meets Sultan Nazrin to seek consent to dissolve Perak assembly | The Malaysian InsightSaarani meets Sultan Nazrin to seek consent to dissolve Perak assembly
Read more »
Saarani menghadap Sultan Perak hari iniDatuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta dipercayai berkaitan pembubaran DUN
Read more »
Saarani senyum lebar selepas menghadap Sultan PerakMenteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninggalkan Istana Kinta pada pukul 3.30 petang tadi selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Read more »