Beyond the Breaking News

Marrybrown tembusi pasaran Mesir

Malaysia News News

Marrybrown tembusi pasaran Mesir
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) halal tempatan terus memperkukuh empayar globalnya dengan menembusi pasaran Mesir menerusi kerjasama strategik bersama syarikat hartanah terbesar negara itu.

PETALING JAYA: Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas halal tempatan terus memperkukuh empayar globalnya dengan menembusi pasaran Mesir menerusi kerjasama strategik bersama syarikat hartanah terbesar negara itu.

Langkah signifikan itu direalisasikan menerusi pemeteraian perjanjian francais antara Marrybrown dengan Talaat Moustafa Retail , anak syarikat Talaat Moustafa Group yang merupakan konglomerat hartanah dan hospitaliti terkemuka di Mesir. Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan berkata, penyertaan ke pasaran Mesir merupakan detik penting dalam pertumbuhan antarabangsa syarikat dengan menyasarkan pembukaan 100 cawangan baharu dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ujarnya, fasa permulaan akan menyaksikan sebanyak enam cawangan pertama bakal dibuka di Kaherah menjelang penghujung tahun 2026. “Mesir mewakili pasaran pengguna yang sangat berpotensi di rantau Asia Barat dan Afrika dengan populasi melebihi 110 juta orang serta permintaan tinggi terhadap makanan halal. “Kerjasama dengan TMG yang mempunyai kepakaran mendalam dalam pasaran tempatan akan membolehkan kami berkembang secara bertanggungjawab sambil mengekalkan piawaian kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang konsisten,” katanya dalam kenyataan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TMR, Omar Hisham Talaat Moustafa berkata, kerjasama tersebut merupakan langkah penting bagi syarikatnya mempelbagaikan portfolio perniagaan dalam industri makanan dan minuman . “Kami melihat Marrybrown sebagai jenama ikonik Malaysia yang mempunyai warisan halal yang kuat. Model francais global mereka yang terbukti berjaya amat sejajar dengan visi jangka panjang kami untuk membawa konsep global terbaik ke dalam komuniti kami,” katanya. Kemasukan Marrybrown ke Mesir bukan sahaja menandakan jenama itu sebagai rangkaian makanan segera halal pertama dari Malaysia yang memasuki pasaran berkenaan, malah menjadi batu loncatan untuk pelan peluasan lebih menyeluruh ke seluruh Afrika dan Asia Tengah. Setakat ini, Marrybrown telah mengendalikan lebih 500 cawangan di 16 buah negara merangkumi wilayah Majlis Kerjasama Teluk , Afrika, Asia Timur, Oceania dan sebahagian Eropah. Penerokaan pasaran Mesir ini mengukuhkan lagi kedudukan Marrybrown sebagai salah satu jenama QSR halal terbesar dunia yang terus membawa identiti rasa Malaysia ke persada antarabangsa. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

UTM perkukuh peranan terajui AI negara, jalin kerjasama globalUTM perkukuh peranan terajui AI negara, jalin kerjasama globalUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) menerusi jalinan kerjasama strategik di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Read more »

Malaysia-UK wujudkan jawatankuasa bersama perkukuh ekosistem francaisMalaysia-UK wujudkan jawatankuasa bersama perkukuh ekosistem francaisMalaysia dan UK tubuh jawatankuasa francais bersama bantu jenama tempatan tembusi pasaran UK, fokus sektor halal & digital.
Read more »

Marrybrown pandu lalu pertama dibuka di stesen Petronas Shah AlamMarrybrown pandu lalu pertama dibuka di stesen Petronas Shah AlamRangkaian restoran perkhidmatan pantas (QSR) halal tempatan terbesar, Marrybrown melancarkan cawangan pandu lalu pertama di Stesen Petronas Seksyen 15, Shah Alam menerusi kerjasama strategik bersama Mesra Retail & Café Sdn. Bhd. (MESRA).
Read more »

Nestle Malaysia and UPM Launch Halal@STEM Programme for StudentsNestle Malaysia and UPM Launch Halal@STEM Programme for StudentsSEOUL: The Vietnamese Embassy in the Republic of Korea (RoK) on Friday (Feb 6) sent an official note expressing its position regarding remarks deemed disrespectful towards Vietnamese women made by the head of Jindo county in South Jeolla province.
Read more »

Matrix Concepts sasar permodalan pasaran RM5 bilionMatrix Concepts sasar permodalan pasaran RM5 bilionLEE Tian Hock (barisan belakang 11 dari kiri) dan Mohamad Haslah Mohamad Amin (barisan belakang lapan dari kiri) bergambar bersama kakitangan Matrix Concepts Holdings Berhad pada majlis makan malam bagi meraikan kakitangan syarikat itu di Seremban, kelmarin.
Read more »

San Remo reassures Malaysian consumers on halal status, clarifies carbonara product not sold locallySan Remo reassures Malaysian consumers on halal status, clarifies carbonara product not sold locallyKUALA LUMPUR, Feb 9 — Australian pasta manufacturer San Remo Macaroni Company Pty Ltd has clarified that all its products officially distributed in Malaysia are halal-certified...
Read more »



Render Time: 2026-05-23 13:07:49