Mangsa banjir Kedah meningkat 754 orang - Utusan Digital

Malaysia News News

Mangsa banjir Kedah meningkat 754 orang - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ditempatkan di 13 PPS. Ujian hujung tahun, semoga dipermudahkan.

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada seramai 754 mangsa daripada 205 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 pagi tadi. Sebanyak dua PPS masih dibuka di daerah Baling, dua di daerah Pendang, tujuh di daerah Kota Setar dan tiga di daerah Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan semalam pula seramai 735 mangsa daripada 196 keluarga. Kata beliau, di daerah Baling, jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Siong kekal tujuh mangsa daripada empat keluarga dan lapan mangsa daripada satu keluarga di PPS Tunku Putera. “Di daerah Pendang, terdapat satu PPS baru dibuka pada pukul 12 tengah hari semalam iaitu PPS Dewan Cenderawasih yang menempatkan 68 mangsa daripada 22 keluarga. “Di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah pula ada pengurangan mangsa iaitu seramai 224 mangsa daripada 53 keluarga berbanding 230 mangsa daripada 50 keluarga pada semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, dia daerah Kota Setar pula iaitu PPS Surau Kampung Permatang Limau kekal 25 mangsa daripada lapan keluarga dan satu PPS baru dibuka di Pokok Sena dengan sembilan mangsa daripada dua keluarga di PPS SK Tualang. “Tiga PPS di Kota Setar juga menunjukkan pertambahan mangsa iaitu 80 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar, 62 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Suka Menanti dan PPS SK Darul Hikmah seramai 106 mangsa daripada 28 keluarga. “Sebuah PPS di daerah itu juga baru dibuka pada pukul 3 petang semalam iaitu PPS SK Haji Wahab dengan penempatkan 24 mangsa daripada lima keluarga,” ujarnya. Mohd. Muaz berkata, di daerah Kubang Pasu, satu PPS masih kekal dengan 106 mangsa daripada 29 keluarga di PPS SK Dewan Kampung Tradisi, Lebah Keriang. “Dua lagi PPS dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Changlung dengan sembilan mangsa daripada tiga keluarga yang dibuka pukul 2 petang semalam dan 26 mangsa daripada empat keluarga di PPS SK Malau yang dibuka 11 malam semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tamadun Kedah Tua bakal lenyap? - Utusan DigitalTamadun Kedah Tua bakal lenyap? - Utusan DigitalMereka percaya usaha mengetengahkan tapak arkeologi yang diisytiharkan sebagai tinggalan peradaban tertua di Asia Tenggara oleh lima badan arkeologi yang mewakili peradaban utama di dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Meso­amerika, China dan Rom itu di…
Read more »

Empat daerah terjejas, mangsa banjir meningkat 526 orang - Utusan DigitalEmpat daerah terjejas, mangsa banjir meningkat 526 orang - Utusan DigitalDua PPS kembali dibuka di Baling iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan PPS Tunku Putera setelah ditutup semalam.
Read more »

Mangsa banjir positif Covid-19 dipindahkan di PKRC - Utusan DigitalMangsa banjir positif Covid-19 dipindahkan di PKRC - Utusan DigitalTerdapat maklumat dua keluarga yang menjalani kuarantin menjadi mangsa banjir kilat.
Read more »

103 mangsa banjir dipindahkan di Perlis - Utusan Digital103 mangsa banjir dipindahkan di Perlis - Utusan DigitalSebanyak 70.8 mililiter taburan hujan direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping dan 48.6 mililiter direkodkan pada pukul 9 malam semalam.
Read more »

Seorang lagi mangsa nahas di Gerik maut - Utusan DigitalSeorang lagi mangsa nahas di Gerik maut - Utusan DigitalSeorang lagi mangsa nahas di Gerik maut
Read more »



Render Time: 2026-05-10 05:41:55