Sebanyak 70.8 mililiter taburan hujan direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping dan 48.6 mililiter direkodkan pada pukul 9 malam semalam.
KANGAR: Dua pusat pemindahan sementara dibuka di negeri ini yang menempatkan 103 mangsa banjir dari 27 keluarga setakat petang ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, PPS tersebut dibuka sejak malam tadi berikutan beberapa kawasan rendah di negeri ini mula dinaiki air.
Kataya, dua PPS yang beroperasi itu masing-masing di Masjid Kampung Bonggol Sena yang menempatkan 77 mangsa dan Sekolah Kebangsaan Arau dengan 26 mangsa. “Buat masa ini, paras air di sungai masih tinggi namun air sudah pun mula mengalir ke laut. Kita akan memantau situasi paras air ini. “Mangsa terus kekal di PPS berikutan paras air di kawasan rumah mereka masih tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.“Sebanyak 70.8 mililiter taburan hujan direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping dan 48.6 mililiter direkodkan pada pukul 9 malam semalam. “Minggu ini, kami masih menjangkakan hujan berlaku pada sebelah petang. Oleh itu, kami sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga jika berlaku banjir lagi terutamanya di kawasan rendah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
103 Covid-19 deaths reported among prisonersA TOTAL of 103 prisoners have died due to Covid-19 complications from Aug 29 last year to Oct 12 this year, says Datuk Aaron Ago Dagang.
Read more »
Empat daerah terjejas, mangsa banjir meningkat 526 orang - Utusan DigitalDua PPS kembali dibuka di Baling iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan PPS Tunku Putera setelah ditutup semalam.
Read more »
Polis gempur 'port' dadah di Kuala Perlis, Simpang Empat - Utusan DigitalTangkapan tersebut meliputi kesalahan pembekalan dadah, penagihan dadah, individu dikehendaki dan penyalahgunaan ketum.
Read more »
Mangsa banjir positif Covid-19 dipindahkan di PKRC - Utusan DigitalTerdapat maklumat dua keluarga yang menjalani kuarantin menjadi mangsa banjir kilat.
Read more »
