Skuad hoki Malaysia menerima kejutan awal di Potchefsroom, Afrika Selatan apabila tewas kepada Korea Selatan 1-0 sebentar tadi.
PETALING JAYA: Skuad hoki Malaysia menerima kejutan awal di Potchefsroom, Afrika Selatan bagi saingan Piala Negara-Negara apabila tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Korea Selatan bagi aksi kumpulan B sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Universiti North-West, Afrika Selatan itu ibarat ulangan perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah tempohari yang menyaksikan Malaysia menamatkan penantian 39 tahun di kejohanan itu. Bagaimanapun, status juara di kejohanan itu tidak sedikit menghadirkan kegentaran buat pemain Korea Selatan yang menyaksikan mereka terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Jang Jonghyun seawal minit kelima.
Anak buah Arul Selvaraj cuba untuk melakar kebangkitan bagaimanapun jaringan yang dicari gagal dihasilkan, sebaliknya keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan. Malaysia kini di tangga ketiga kumpulan selepas satu lagi perlawanan membabitkan Jepun dan Kanada berpihak kepada juara Asia 2018 itu dengan keputusan 3-0.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
JDT sapu bersih semua trofi, juarai Piala MalaysiaKejuaraan Piala Malaysia melengkapkan koleksi buat Harimau Selatan selepas dinobatkan sebagai juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.
Read more »
Langkah Korea Selatan, Ghana sama-sama lajuGhana mempunyai kelebihan daripada segi kelajuan dan fizikal pemain mereka, tambahan pula kemahiran juga berada di peringkat yang baik.
Read more »
JDT juara Piala Malaysia, cipta rekod kejayaan ‘treble’ | The Malaysian InsightSkuad Harimau Selatan itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan menjuarai Piala FA dan Liga Super, selain Piala Sumbangsih
Read more »
PM hadiri mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara esok | The Malaysian InsightBeliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter hari ini.
Read more »
Empat negara sepakat calon kebaya ke UNESCOPencalonan multinasional pertama yang melibatkan empat negara.
Read more »
Muhyiddin bukan derhaka, hanya ikut proses ditetapkan Istana Negara, kata pegawai | The Malaysian InsightMuhyiddin bukan derhaka, hanya ikut proses ditetapkan Istana Negara, kata pegawai
Read more »