JDT juara Piala Malaysia, cipta rekod kejayaan ‘treble’
Gelaran juara Piala Malaysia ketiga diraih JDT sejak penubuhannya pada 2013 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini. – Gambar Facebook Johor Southern Tigers, 26 November, 2022.
Pada aksi di hadapan kira-kira 80,000 penyokong kedua-dua pasukan yang membentuk lautan merah-biru dan merah-kuning itu, dua gol penting skuad bimbingan Hector Bidoglio masing-masing dijaringkan gandingan penyerang import Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri. Selangor ternyata bermula dengan cemerlang dan hampir mendahului seawal minit kedua tetapi gerakan serangan balas pantas pasukan gagal disudahkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.
Akhirnya Selangor berjaya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti Caion pada minit ke-45 selepas Matthew Davies menjatuhkan penyerang import dari Brazil itu dalam kawasan berbahaya, namun JDT pantas menyamakan kedudukan hasil tandukan Bergson pada masa kecederaan babak pertama. Selangor yang tertekan membawa masuk dua penyerang gantian iaitu Ahmad Danial Ahmad Asri dan Muhamad Syahir Bashah dalam misi memburu gol penyamaan, namun disiplin bertahan dipamerkan JDT pada babak kedua berjaya menyukarkan gerakan pihak lawan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
JDT sapu bersih semua trofi, juarai Piala MalaysiaKejuaraan Piala Malaysia melengkapkan koleksi buat Harimau Selatan selepas dinobatkan sebagai juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.
Read more »
Penyokong yakin JDT akan bawa pulang Piala MalaysiaKira-kira 600 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berkonvoi dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menuju ke Stadium Nasional Bukit
Read more »
Malaysia Cup final: 4,000 JDT fans to ‘rock’ Bukit Jalil National Stadium tonightJOHOR BARU, Nov 26 ― About 100 buses carrying some 4,000 supporters of the Johor Darul Ta'zim (JDT) team from all over Johor left for the Bukit Jalil National Stadium in...
Read more »
Afro mula rasai bahang final Piala Malaysia'Kami tahu kualiti pemain JDT yang bagus dan kebanyakannya adalah pemain kebangsaan tetapi kami perlu bermain seperti biasa.'
Read more »
Jangan cetus kekecohan di Stadium Nasional Bukit Jalil -Titah Sultan SharafuddinBaginda berharap para penyokong Selangor tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan termasuk terlibat dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apa pun keputusan di akhir perlawanan.
Read more »