Lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir di muara Pantai Bagan Lalang
SEPANG: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di muara Pantai Bagan Lalang, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.14 petang di Jalan Pepahat, Kampung Bagan Lalang, Sungai Pelek itu, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan lemas berhampiran sebuah bot nelayan sejam selepas kejadian. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira sejam kemudian iaitu kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.14 petang dan apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal ditemukan selepas dihanyutkan arus.“Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sebelum mayat mangsa ditemuikan pukul 6.18 petang,” katanya.Wan Md Razali berkata, kes diserahkan kepada pihak polis dan mayat mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk proses selanjutnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bagan Datuk, Pandan, Seremban, Kota Raja lokasi himpunan seterusnya selepas Tambun'Himpunan Rakyat Lawan Anwar' juga bakal berhimpun di beberapa Parlimen lain yang diwakili pemimpin politik negara
Read more »
Bagan Datuk, Pandan, Seremban, Kota Raja lokasi himpunan seterusnya selepas TambunBagan Datuk, Pandan, Seremban, Kota Raja lokasi himpunan seterusnya selepas Tambun
Read more »
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungaiKANGAR: Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke d...
Read more »
[Video] Lelaki Intai Wanita Dalam Tandas, Didakwa Flush Telefon Selepas KantoiSeorang saksi mendakwa dia telah melihat kepala lelaki berkenaan sedang menghendap daripada bahagian bawah pembahagi (partition) ruangan tandas.
Read more »
Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahanJOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Ba...
Read more »
Lelaki rugi lebih RM700,000 terpedaya tawaran pekerjaan dalam talianJOHOR BAHRU: Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM700,000 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara dalam talian yang tidak wu...
Read more »