bolatime Pemegang kad bermusim pasukan Liga Super Melaka lega apabila pas mereka tidak lupus walau apapun status terbaru saingan Liga Malaysia (Liga M) samada aksi tanpa penyokong atau diadakan pada musim 2021.
Penyokong Razuan Rahman berkata, sememangnya langkah melanjutkan pas bermusim amat wajar berikutan hanya empat perlawanan berlangsung termasuk tanpa kehadiran penonton ketika aksi bertemu Pahang di Stadium Hang Jebat susulan pandemik Covid-19 Mac lalu.
"Tidak kira apa status sama ada baki liga disambung atau saingan liga baharu, apa yang penting pas yang sudah dibeli boleh dimanfaatkan untuk menyaksikan saingan Liga M. Aiman Farhan pula berkata, ada peminat yang belum sempat menggunakan kad berkenaan berikutan dua perlawanan awal berlangsung di luar Melaka dan satu perlawanan lagi tanpa penyokong, namun sebagai peminat sokongan tetap diberikan kepada persatuan.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka , Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi pula berkata, penyokong tetap diberi keutamaan sebagai antara nadi kekuatan persatuan dan pasukan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cadang ubah format Liga Mbolatime Format pertandingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini perlu diubah. Demikian pandangan daripada bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar memandangkan negara kini berdepan dengan pandemik Covid-19.
Read more »
Covid-19: Liga Perancis dibatalkanbolatime Musim liga 2019-2020 di Perancis dibatalkan selepas Perdana Menteri, Edouard Philippe mengumumkan aksi bola sepak termasuk jika ia dilangsungkan secara tertutup, tidak dibenarkan sehingga September.
Read more »
Terkilan jika Liga-M dibatalkanbolatime 'Semangat untuk beraksi di padang itu masih membara kerana kami baru saja melalui empat perlawanan liga, rasa terkilan jika Liga Malaysia musim ini berakhir lebih awal,' kata penyerang Negeri Sembilan, Muhammad Nazrul Kamaruzaman.
Read more »
Liga-M mungkin dibenar bersambung Novemberbolatime Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 yang ditangguhkan susulan penularan pandemik Covid-19, mungkin dibenarkan untuk bersambung semula selewat-lewatnya November depan.
Read more »
Majikan tak patuh garis panduan cegah Covid-19, kata MTUC | The Malaysian InsightPekerja sektor dibenar beroperasi semasa PKP masih bersesak dalam kenderaan syarikat dan melepak di kafeteria.
Read more »
Masih tak serik sanggup panjat pagar masjid semata hendak solat terawih berjemaah!Penduduk di Parepare, Indonesia tetap berdegil hendak pergi ke masjid untuk solat terawih secara berjemaah sehingga sanggup panjat pagar masjid. FMTNews FMTOhsem
Read more »