Lagu Cinta Kita musim ketiga raih 3 juta tontonan - Utusan Digital

Malaysia News News

Lagu Cinta Kita musim ketiga raih 3 juta tontonan - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pada episod pertama ini, lima pasangan duet diperkenalkan untuk mewarnai pentas pertandingan.“

KUALA LUMPUR : Program Lagu Cinta Kita musim ketiga telah pun membuka tirai dengan episod pertama 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton mengikut sumber Nielsen. Siaran langsung yang bermula dari 9.

00 malam hingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan persembahan lagu ‘Tentang Kita’ daripada juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua, Nadeera dan Khareez.Namun begitu, Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara terpaksa mengumumkan hanya tiga pasangan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya, iaitu Kay dan Ika , Hariz dan Wanie serta Azumi dan Nyna . Manakala perjalanan Shaszdan dan Xantia menerusi lagu Leave The Door Open serta Dean dan Amanda dengan lagu Haram terpaksa berhenti setakat itu.Di awal persembahan, mereka akan menyanyi di dua pentas yang berbeza dan mereka memerlukan undian daripada juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu supaya pentas mereka dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Penilaian persembahan terletak sepenuhnya pada panel juri. Lagu Cinta Kita musim ketiga kali ini diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Saharudin sebagai penerbit. Program ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam dan boleh terus distrim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Polis Terengganu lupus dadah RM5.6 juta - Utusan DigitalPolis Terengganu lupus dadah RM5.6 juta - Utusan DigitalJUMLAH itu melibatkan sebanyak 4,633 kertas siasatan dalam tempoh 1997 hingga kini.
Read more »

Program SME Bank jana hasil jualan RM5.15 juta - Utusan DigitalProgram SME Bank jana hasil jualan RM5.15 juta - Utusan DigitalKeberhasilan Program Penjana KomunitiSME Bank itu dapat dilihat apabila 137 orang peserta mencatatkan peningkatan jumlah pendapatan terkumpul sebanyak RM4.03 juta iaitu peningkatan 73.52 peratus.
Read more »

Bajet 2022: Kita sudah tidak boleh kurang lagi - Ismail Sabri - Utusan DigitalBajet 2022: Kita sudah tidak boleh kurang lagi - Ismail Sabri - Utusan Digital'Ketika ini kebajikan rakyat amat penting, rakyat yang susah selama setahun lebih atau dua tahun akibat daripada pandemik kebanyakannya dari segi kemampuan untuk hidup agak sukar.'
Read more »



Render Time: 2026-05-15 10:41:40