Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mahu meneruskan peranan dalam kepimpinan parti merupakan punca mahu bertanding dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP disebalik keputusan enggan mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang.
GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mahu meneruskan peranan dalam kepimpinan parti merupakan punca mahu bertanding dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP disebalik keputusan enggan mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang.
Menurut Kon Yeow, seandainya memilih untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti di peringkat kebangsaan, maka beliau hanya akan menjadi ahli DAP biasa sahaja tanpa sebarang jawatan, kecuali sebagai Penyelaras Parlimen Batu Kawan. Katanya, beliau telah menjadi ahli CEC DAP sejak 2001 dan menggalas tanggungjawab sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP bermula 2004 sehingga kini.“Anda boleh lihat bahawa saya sangat aktif dan terlibat dalam pelbagai usaha untuk membangunkan negeri. Jadi, masih banyak cabaran yang perlu saya hadapi.
“Jadi, sebagai Ketua Menteri , saya rasa jawatan dalam parti juga penting supaya seseorang Ketua Menteri itu boleh terus memainkan peranannya dalam kepimpinan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang yang disandangnya sejak 25 tahun lepas dalam pemilihan parti peringkat negeri, pada 4 September tahun lepas.Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau menyasarkan untuk memegang sebarang jawatan di peringkat Persekutuan atau dalam syarikat berkaitan kerajaan selepas ini, Kon Yeow enggan mengulas lanjut.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Chow Kon Yeow to contest for DAP CEC post at upcoming pollsISLAMABAD: Afghanistan is in a crisis, and the illusion of relative stability has disappeared. The economy is fragile, women remain confined to their homes, and the suspension of US aid is expected to deepen the country's humanitarian crisis
Read more »
Kon Yeow sah bertanding pemilihan CEC DAPBUKIT MERTAJAM : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bulan depan.
Read more »
Kon Yeow says must be in DAP’s leadership committee as Penang CMGEORGE TOWN, Feb 27 — DAP vice-chairman Chow Kon Yeow said he is contesting in the party’s next central executive committee (CEC) election so that he can serve effectively as...
Read more »
Bekas Exco jadi veteran DAP terbaharu tarik diri daripada CECGEORGE TOWN : Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh menjadi veteran DAP terbaharu yang menarik diri daripada menyertai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu bulan depan.
Read more »
Anthony Loke dismisses claims of camps in DAP ahead of CEC electionsSEREMBAN, Feb 23 — DAP secretary-general Anthony Loke has dismissed allegations that there are camps within the party ahead of the Central Executive Committee (CEC) elections,...
Read more »
Panda-themed open-top bus to serve cross-harbour sightseeing route in Hong KongBUTTERWORTH: Penang Chief Minister Chow Kon Yeow will contest in the upcoming DAP central executive committee (CEC) election.
Read more »