GEORGE TOWN: Seorang lelaki hari ini didakwa atas dua pertuduhan membunuh seorang bapa dan anak perempuannya dalam kejadian Khamis lepas dipercayai di...
: Seorang lelaki hari ini didakwa atas dua pertuduhan membunuh seorang bapa dan anak perempuannya dalam kejadian Khamis lepas dipercayai ditikam.
Muhammad Farhan Izzuddin Rosman, 32, mengangguk faham selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadratul Naim Mohd Saidi dalam prosiding yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang berikutan tertuduh masih dirawat di wad hospital itu.Muhammad Farhan didakwa membunuh Zulkifli Ibrahim, 62, dan Siti Zulaila Zulkifli, 30, di hadapan lif blok 1, Sri Ivory Apartment, Jalan Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini pada 12.54 tengah hari hingga 1.25 tengah hari, 7 Nov lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Lelaki itu ditahan selepas dipercayai menikam dua beranak itu sehingga maut dan sebelum kejadian dia dilihat membawa pisau dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri berkenaan.
Siasatan polis mendapati suspek menaruh perasaan terhadap wanita itu, tetapi mangsa tidak membalas cintanya. Lelaki itu yang bekerja di sebuah kilang di Kulim, Kedah mengalami kecederaan selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri menggunakan pisau sama yang digunakan untuk menikam dua beranak tersebut, sebelum ditahan polis.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tikam warga Pakistan: Suspek utama diberkas kurang 24 jamGEORGE TOWN : Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki suspek utama dalam kes bunuh seorang lelaki warga Pakistan yang mati ditikam dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini semalam.
Read more »
Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau PinangGEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kedai di Pulau Tik...
Read more »
Dua lelaki diburu bantu siasatan kes samun jongkong emasSHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkawan dan bersenjata melibatkan jongkong emas milik sebuah syarikat di Komplek...
Read more »
Kes lelaki menyamar miskin raih sumbangan selesaiTiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini berhubung penipuan didakwa dilakukan individu sama di daerah itu.
Read more »
Lelaki terbabit kes datangkan kecederaan ditahan ketika sembunyi di DannokKUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di Klang, Selangor, awal b...
Read more »
Lapan ditahan bantu siasatan kes lelaki Pakistan mati ditikamGEORGE TOWN : Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki warga Pakistan yang ditikam hingga mati dalam kejadian di Pulau Tikus di sini, semalam.
Read more »