Utusan Malaysia difahamkan daripada jumlah tersebut, Kedah mencatatkan 13,423 kes berkenaan diikuti Selangor dengan 10,358 kes dan Johor pula sekitar 9,062 kes.
Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka , Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan , Baharuddin Aziz berkata, justeru, agensi itu amat memerlukan tenaga tambahan bagi segera menyelesaikan puluhan ribu kes tertunggak ekoran halangan operasi ketika wabak Covid-19 meletus awal 2020.
“Tiga negeri ini paling banyak kes dan perlu ramai staf tambahan. Jumlah sedia ada memang tidak cukup kerana sebelum pandemik Covid-19, satu kes boleh selesai purata empat bulan jika tiada masalah dan sekarang hampir enam bulan,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Hari Tanah Negara 2022, dirasmikan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju.
Baharuddin menambah, pada masa ini BPP JKTPGP cuma memiliki 240 petugas tetap termasuk 171 staf sokongan, bahkan angka kes baharu dijangka melonjak daripada 60,000 kes setahun kepada 120,000 kes ekoran penguatkuasaan Akta Harta Pusaka 1955 atau Akta 98. Situasi itu membolehkan BPP JKPTGP mengendalikan pengurusan harta tidak alih dan boleh alih termasuk wang di bank daripada kadar lama cuma RM2 juta kepada maksimum RM5 juta.
Apatah lagi, agensi itu turut dibenarkan menguruskan pusaka si mati termasuk bukan tanah yang sebelum ini perlu dibawa kepada pihak mahkamah atau Amanah Raya Berhad . – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hayati semangat hijrah, terjemah secara syumul dalam kehidupan - Sultan KedahSekiranya konsep hijrah itu difahami secara tersurat dan tersirat, umat Islam tentunya lebih menghargai masa untuk melakukan perubahan dan penghijrahan dalam diri masing-masing.
Read more »
Lantik 100 staf kontrak tangani 72,348 kes tertunggak bahagi pusakaLantik 100 staf kontrak tangani 72,348 kes bahagi pusaka tertunggak
Read more »
Thailand paling banyak harimau di Asia TenggaraSejak 10 tahun lalu, populasi harimau liar di pusat perlindungan Huai Kha Khaeng dan Thugyai membiak dari 42 ke 100 ekor.
Read more »
Sidang DUN tangguh, tafakur seminit hormati pemergian Abdul KhalidAllahyarham menyumbang banyak jasa di negara ini termasuk idea membangunkan pesisir Sungai Klang, iltizam Selangor Penyayang dan pengukuhan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor).
Read more »
Kes baharu Covid-19 turun 5.2%, kata KP kesihatan | The Malaysian InsightKes menurun daripada 29,886 kes kepada 28,339 kes.
Read more »