Sejak 10 tahun lalu, populasi harimau liar di pusat perlindungan Huai Kha Khaeng dan Thugyai membiak dari 42 ke 100 ekor.
Menteri Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa mengumumkan perkara itu sejajar dengan usaha besar terhadap Strategi Kebangsaan Melindungi Harimau yang bermula sejak 2010.
Beliau berkata, semasa Persidangan Menteri-Menteri Asia keempat mengenai pemuliharaan harimau, negara lain memuji usaha Thailand atas usaha berterusan oleh pihak kerajaan.“Kami berjaya menambah baik kawasan perlindungan mereka dengan menggunakan teknologi terkini dan sistem rondaan pintar,” katanya semasa Hari Harimau yang disambut di Chawak Chalermphrakiat di Suphan Buri.
Kejayaan ini hasil sistem kawalan pintar di tempat tersebut yang sudah dilaksanakan di 213 hutan simpan. India kini merupakan negara yang mempunyai bilangan harimau terbesar di dunia, namun kerajaan Thailand berharap untuk kekal sebagai negara yang mempunyai harimau terbanyak di Asia Tenggara serta meningkatkan lagi populasi dengan rancangan jangka panjang sehingga 2034.
Sementara itu, Pengarah Perlindungan Haiwan Liar menekankan kepentingan melindungi hutan yang merupakan habitat semula jadi harimau bagi memastikan populasi haiwan liar itu stabil.-AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
US House Speaker Pelosi begins Asia tour, no mention of TaiwanUS House of Representatives Speaker Nancy Pelosi starts a tour of four Asian countries on Sunday, her office said, without mentioning Taiwan amid intense speculation she might visit the self-ruled island claimed by China.
Read more »
US Speaker Pelosi confirms Asia-Pacific tour, silent on TaiwanWASHINGTON, July 31 — US House of Representatives Speaker Nancy Pelosi will lead a congressional delegation to the Asia-Pacific region, her office confirmed today, with stops in...
Read more »
Blinken to travel to southeast Asia, Africa next weekCovid-19, climate change and Myanmar are among issues he will address.
Read more »
Thailand pantau aktiviti seludup minyak masak bersubsidi di sempadan | The Malaysian InsightTimbalan Gabenor Narathiwat mengakui bahan mentah itu semakin mendapat permintaan tinggi di Thailand.
Read more »