Beyond the Breaking News

Jerebu: 3 penerbangan ke Sibu dilencong ke Miri

Malaysia News News

Jerebu: 3 penerbangan ke Sibu dilencong ke Miri
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Berikutan keadaan cuaca berkabus dan awan rendah utusanonline

Pengurus Malaysia Airports Sdn Bhd Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, tiga pesawat itu membabitkan dua penerbangan AirAsia iaitu dari Kota Kinabalu-Sibu dan Kuala Lumpur-Sibu dan pesawat MasWings dari Bintulu-Sibu.

Katanya, pesawat bagi penerbangan dari Kota Kinabalu yang membawa 78 penumpang diarah membuat lencongan pada pukul 7.30 pagi ini, dari Kuala Lumpur dengan 106 penumpang pada 7.55 pagi manakala dari Bintulu pukul 8 pagi. “Perubahan jadual seterusnya bergantung kepada masa tiba ke Lapangan Terbang Sibu dan terpulang kepada syarikat penerbangan menetapkan masa penerbangan,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata, setakat 9 pagi ini, belum ada lagi penerbangan ketibaan mendarat di Lapangan Terbang Sibu. Mengikut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, jarak ketampakan akibat jerebu di Sibu adalah 0.8 km berbanding jarak ketampakan normal 10 km.Sementara itu, Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Sarawak Wong Ding Hook berkata setakat ini tiada penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching walaupun IPU di situ mencatatkan bacaan 272. “Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching masih beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Bernama. - BERNAMA

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Jerebu: Operasi LTAM tidak terjejasJerebu: Operasi LTAM tidak terjejasMELAKA 17 Sept. - Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di batu Berendam di sini tidak terjejas walaupun Melaka antara negeri dilanda jerebu sehingga mencecah tahap sangat tidak sihat.
Read more »

Peserta PKKI terima baucar penerbanganPeserta PKKI terima baucar penerbanganKUANTAN 18 Sept. - Warga asing yang menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) anjuran Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) akan menerima tiket percuma penerbangan sehala ke negara asal mereka.
Read more »

Jadual penerbangan di Pulau Pinang terjejas akibat jerebuJadual penerbangan di Pulau Pinang terjejas akibat jerebuJerebu yang semakin teruk memaksa sesetengah penerbangan dari Pulau Pinang terjejas, manakala satu penerbangan dari Singapura ke negeri itu dilencongkan ke Medan. FMTNews
Read more »

6 penerbangan di LTAPP terjejas ekoran jerebu6 penerbangan di LTAPP terjejas ekoran jerebuPULAU PINANG 18 Sept. - Sebanyak enam penerbangan membabitkan empat pesawat penumpang dan dua pesawat kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini dilaporkan terjejas setakat pukul 12 tengah hari tadi ekoran jarak penglihatan rendah direkodkan iaitu pada paras 1,500 meter.
Read more »

6 penerbangan di LTSAS dibatalkan6 penerbangan di LTSAS dibatalkanENAM penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh membabitkan 1,418 penumpang dibatalkan berikutan keadaan jerebu melanda yang semakin buruk hari ini.
Read more »

19 penerbangan di LTAPP terjejas akibat jerebu | The Malaysian Insight19 penerbangan di LTAPP terjejas akibat jerebu | The Malaysian InsightSehingga jam 5 petang ini, empat penerbangan terpaksa dibatalkan manakala lapan penerbangan mengalami kelewatan pelepasan.
Read more »



Render Time: 2026-07-20 13:44:52