CAAM akan sentiasa memantau situasi semasa di LTAM. utusanonline
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata, setakat ini beliau dimaklumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bahawa jarak penglihatan di LTAM masih berada di tahap yang baik untuk aktiviti penerbangan.
“Indeks Pencemaran Udara bukan faktor utama yang menentukan sama ada aktiviti penerbangan di LTAM ditangguh atau diteruskan sebaliknya ia bergantung pada jarak penglihatan bagi kapal terbang itu mendarat atau berlepas. “Setakat ini jadual atau operasi penerbangan di LTAM tidak terjejas walaupun pada minggu lepas IPU di negeri itu mencecah lebih 200,” katanya kepada pemberita pada sidang media berkaitan isu jerebu dan gangguan air di negeri itu. Jerebu mulai melanda beberapa negeri di Malaysia sejak 5 September lepas dan mengakibatkan ratusan sekolah di Sarawak diarahkan tutup. Jabatan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak. Mohd. Sofi berkata, berdasarkan jadual penerbangan dua hari lepas, 10 kapal terbang mendarat dan berlepas di LTAM tanpa sebarang masalah. Beliau berkata, bagaimanapun CAAM akan sentiasa memantau situasi semasa di LTAM dan membuat keputusan sama ada operasi penerbangan perlu ditangguh atau tidak. Setakat pukul 5.00 petang ini, IPU di Melaka mencatatkan bacaan tidak sihat di stesen di negeri itu iaitu Bandaraya Melaka , Bukit Rambai dan Alor Gajah . - BERNAMA
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Melaka suspends outdoor activitiesPETALING JAYA: All sports and outdoor activities in Melaka have been suspended due to the worsening haze situation in the state.
Read more »
Taman Mini Malaysia, Asean di Melaka diarah henti operasi | The Malaysian InsightAtas faktor keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan, kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Mohd Rafiq Naizamohideen.
Read more »
Jerebu: Melaka bertambah baikSITUASI jerebu di Melaka beransur pulih, hari ini, apabila bacaan kualiti udara laman web Sistem Pengurusan Udara Malaysia (APIMS) merekodkan paras tidak sihat pagi ini berbanding sangat tidak sihat, semalam.
Read more »
Taman Mini Malaysia dan Asean di Melaka perlu henti operasiMELAKA 16 Sept. - Taman Mini Malaysia dan ASEAN di Ayer Keroh di sini perlu dihentikan operasinya segera atas faktor keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan, kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Read more »
Sedia hulur air kepada Melakaseremban HMHM RasaiBeritaSebenar Negeri Sembilan sedia menghulurkan bantuan bekalan air kepada Melaka yang kini sedang berdepan krisis air sejak beberapa hari lalu.
Read more »
Sekolah di Melaka dibuka seperti biasa esok | The Malaysian InsightBacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu telah turun ke tahap tidak sihat berbanding sangat tidak sihat semalam.
Read more »




