Hujan lebat di India, 12 rakyat Malaysia gagal dihubungi BERITA LUARNEGARA NASIONAL TERKINI wismaputra
PUTRAJAYA: Seramai 12 rakyat Malaysia di India sedang dikesan kerana gagal dihubungi susulan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai lalu.
Usaha itu sedang dilaksanakan Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi yang menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan ekoran laporan berhubung sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan ini sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di alamat 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi 110021 melalui telefon: +91 85955 50594 dan e-mel: [email protected],” katanya.
Pada masa sama, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi. Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia - India teroka kerjasama baharu pertahanan'Saya turut dimaklumkan mengenai pertukaran surat (EOL) bagi meminda MoU kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India
Read more »
Hujan lebat luar biasa badai Asia, puluhan maut di beberapa negaraHujan lebat membawa maut di sekitar kawasan di rantau Asia selepas angin monsun dilaporkan mencetus banjir besar dan tanah runtuh
Read more »
Net foreign outflow from Bursa Malaysia continues at RM254.1milThe sectors that recorded the highest net foreign outflows are financial services (RM75.9mil), consumer products and services (RM51.2mil), and industrial products and services (RM50.3mil).
Read more »
Ex K-pop idol Jang Han-byul on starting a career in MalaysiaJang: “When I came to Malaysia, the fans were so supportive every step of the way. I credit them for restarting my career and reminding me why I love music.'
Read more »