SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengundang rakan sejawatannya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura.
Menerusi panggilan telefon pagi tadi, Hsien Loong menegaskan hubungan antara kedua-dua negara sudah sekian lama terjalin, kukuh dan luas, lapor Berita.mediacorp.Menurut MFA, kedua-dua perdana menteri itu menantikan masa untuk bekerja rapat dalam menangani cabaran yang dikongsi bersama seperti pandemik Covid-19.
Dalam surat ucapan tahniah yang berasingan oleh Hsien Loong, beliau turut menarik perhatian mengenai cara Ismail Sabri menangani pandemik sebagai pengerusi bersama Jawatankuasa Tugasan Khas mengenai Covid-19 Singapura-Malaysia. “Beliau sudah banyak menyumbang untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dengan menyelia pergerakan berterusan orang ramai dan barangan merentasi sempadan.
“Dengan pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan pemerintah, termasuk pernah menerajui beberapa kementerian sebelum pelantikan anda selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan, saya yakin Malaysia akan terus makmur di bawah kepemimpinan anda sebagai Perdana Menteri,” tulis Hsien Loong.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »