Beliau yang menghubungi Ismail Sabri untuk mengucapkan tahniah selepas dilantik menyifatkan, hubungan mereka berdua penting demi kepentingan bersama.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.
“Malaysia dan Singapura menikmati hubungan yang erat dan mesra dalam pelbagai aspek. Kami mempunyai banyak kepentingan bersama dan masyarakat kami mempunyai hubungan keluarga di seberang sempadan. Selama bertahun-tahun, kami sering bekerja keras untuk menghadapi cabaran bersama, termasuk dalam wabak ini.
“Ismail Sabri mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Khas Singapura-Malaysia untuk Covid-19 dengan Menteri Senior, Teo Chee Hean bagi mengawasi pergerakan individu dan barang yang berterusan di seberang sempadan kita,” katanya menerusi akaun Facebook rasmi miliknya. Justeru, dengan banyak pengalaman Ismail Sabri dalam perkhidmatan awam dan kerajaan, beliau yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura terus berkembang.
“Saya menjemput Ismail Sabri melawat Singapura tidak lama lagi. Saya tidak sabar bertemu dengannya untuk membincangkan bagaimana kita boleh saling bekerjasama untuk menjalin persahabatan dengan lebih erat dan memperluas kerjasama antara satu sama lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Appointment of Ismail Sabri as PM shows Opposition needs to work harder, says AnwarPETALING JAYA: The appointment of Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as prime minister shows the need for the Opposition to work harder to face the 15th General Election, says Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read more »
Ismail Sabri the perfect choice as PM, says OngkiliKOTA KINABALU: The appointment of Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as Prime Minister is the perfect choice to fill in the leadership vacuum following Tan Sri Muhyiddin’s resignation, says Parti Bersatu Sabah (PBS).
Read more »
Report: Incoming PM Ismail Sabri meets with Umno MPs tonight | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 20 — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob met with Umno federal lawmakers at a hotel in the city tonight, ahead of his swearing in as the new prime minister tomorrow. Among those seen at the hotel was Rembau MP Khairy Jamaluddin, who had been the innovation, science and technology...
Read more »