Kota Kinabalu: Seorang guru bahasa Inggeris yang disaman bekas pelajarnya kerana didakwa enggan mengajar subjek itu kepada pelajar tersebut lapan tahun lalu, telah mengaku dan menyesali ‘kesalahannya’ (tidak masuk kelas), kata seorang saksi.
Saksi ke-12 yang merupakan saksi sepina dan guru SMK Taun Gusi, Kota Belud berkata, guru bahasa Inggeris Mohd Jainal Jamrin telah menemuinya selepas saman itu menjadi tular semasa dia menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah berkenaan.“Ketika bertemu saya pada waktu itu, JJ menangis dan mengakui kesalahannya kerana tidak masuk kelas untuk mengajar dan menyesali kesilapannya.
Saksi itu memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ismail Brahim, dalam pendengaran kes saman yang difailkan oleh plaintif Siti Nafirah Siman, 23, terhadap JJ, Pengetua SMK Taun Gusi Suid Hj Hanapi , SMK Taun Gusi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama, kedua, keempat, kelima, keenam, ketujuh dan lapan.
Dia juga memohon pengisytiharan bahawa defendan telah melanggar hak perlembagaannya untuk mendapat akses kepada pendidikan yang dijamin kepadanya di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan, ganti rugi, kos dan apa-apa relif lanjutan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Saksi selanjutnya memberi keterangan bahawa selepas saman itu menjadi tular, dia telah menghadiri mesyuarat dengan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaib.
“Maimunah berkata ‘Saya baru melihat RPH dan tahu ia baru disiapkan kerana kertas pada buku itu baru, kerana ia akan menjadi warna kuning jika ia laporan lama.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
191,636kg Sabah e-waste collected: DepartmentKota Kinabalu: Sabah collected 191,636kg of e-waste between 2016 and 2022.
Read more »
Sabah Credit Corp launches Sabah's first financial superappKota Kinabalu: Sabah Credit Corporation launched the first financial superapp for Sabah, Yono, Thursday.
Read more »
JAS: Tanggungjawab semua pastikan kualiti alam terjagaKota Kinabalu: Kualiti alam yang semakin merosot disifatkan sebagai punca utama kepada peningkatan suhu masa kini.
Read more »
Mayat bayi dalam tangki tandas inap desaKota Kinabalu: Polis sedang mencari seorang wanita berusia 20 tahun selepas mayat bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam tangki tandas sebuah inap desa di Aeropod, di sini, Isnin lepas.
Read more »
Peluang Malaysia sukar selepas alami dua kekalahanPeluang pasukan wanita negara dalam kejohanan hoki Jemputan Antarabangsa Piala Tuanku Zara sukar selepas mengalami dua kekalahan di hari pertama di Stadium Indera Mulia di sini semalam.
Read more »
Keputusan mansuh UPSR dibuat selepas kajian telitiKeputusan mansuh UPSR dibuat selepas kajian teliti
Read more »