Kota Kinabalu: Polis sedang mencari seorang wanita berusia 20 tahun selepas mayat bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam tangki tandas sebuah inap desa di Aeropod, di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah, berkata seorang pekerja membuat penemuan itu kira-kira jam 2.30 petang selepas terhidu bau busuk.“Pemeriksaan mendapati bayi yang cukup sifat itu dibalut dengan beg plastik dan diletakkan di dalam tangki.
“Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan. Mohd Zaidi berkata, wanita yang dikesan itu telah mendaftar masuk ke inap desa itu tiga hari sebelum penemuan tersebut.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 0111-2939436.* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel for the latest news you don't want to miss.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiada kenaikan harga ayam di Kota Kinabalu: Persatuan penggunaKota Kinabalu: Tinjauan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah mendapati harga ayam di sekitar bandaraya Kota Kinabalu masih sama walaupun subsidi ditamatkan, 1 November lalu.
Read more »
Cops say newborn left in front of Kota Kinabalu mosque with note of apologyKOTA KINABALU, Nov 6 — A baby girl, just a week old, was discovered abandoned in a box outside the Taman Seri Gaya Mosque, Jalan Maktab Gaya, Luyang, here yesterday (November...
Read more »
Mayat lelaki ditemukan dekat longgokan sampah dalam sungaiMayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terlungkup berhampiran longgokan sampah di tebing Sungai Kinta di Malim Nawar di sini semalam.
Read more »
Mayat bayi dalam tandas surau di JertihMayat bayi perempuan itu dijumpai penduduk yang terhidu bau busuk pada 10 pagi tadi.
Read more »
Mayat bayi perempuan ditemukan di tandas surauMayat bayi perempuan ditemukan di tandas surau
Read more »
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di lautMayat seorang lelaki ditemukan terapung di laut
Read more »