Mangsa yang merupakan graduan Diploma Pengajian Islam sepatutnya hadir pada Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti Ke-19 pada 21 Mei ini di Pusat Konvensyen Bangi.
SEREMBAN: Seorang guru al-Quran yang juga graduan Diploma Pengajian Islam Kolej Uniti Port Dickson tidak sempat hadir pada istiadat konvokesyen minggu depan selepas maut dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Batang Benar, Nilai berdekatan susur stesen minyak Petronas di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Muz Mohd. Nasir berusia 22 tahun yang menunggang motosikal jenis SM Sport maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.“Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba pemandu lori tangki terdengar bunyi kuat dari arah belakang sebelah kanan.
Mohd. Fazley berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa iaitu penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.“Siasatan awal mendapati, lokasi kemalangan adalah susur masuk ke stesen minyak Petronas, mempunyai dua lorong sehala dan mempunyai tembok batu di sebelah kanan jalan dengan cuaca baik dan jalan kering,” kataya.
Dalam pada itu, menerusi Facebook Kolej Uniti Port Dickson, mangsa yang merupakan graduan Diploma Pengajian Islam sepatutnya hadir pada Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti Ke-19 pada 21 Mei ini di Pusat Konvensyen Bangi. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
2,400 pengambilan guru sekali ambil diisi guru kontrak perkhidmatan, kata menteri | The Malaysian InsightSPP akan buat tawaran kepada calon berjaya sebelum hujung bulan ini, kata Radzi Jidin.
Read more »
Penunggang motosikal maut digilis trelerSeorang lelaki maut selepas motosikal dinaikinya terbabas sebelum melanggar bahagian badan sebuah treler dalam kemalangan.
Read more »
Remaja 13 tahun maut kemalangan dua motosikalRemaja 13 tahun maut kemalangan dua motosikal
Read more »
Penunggang motosikal maut kemalangan babit 13 kenderaan | The Malaysian InsightKemalangan terjadi apabila lori treler yang mengalami masalah brek langgar 12 kenderaan, kata polis.
Read more »
2 maut, 2 cedera dalam kemalangan di kilang di Bintulu | The Malaysian InsightPunca insiden masih dalam siasatan, kata Polis Daerah Bintulu.
Read more »
Kereta terbakar, orang awam berjaya selamatkan pemanduSeorang saksi, Abdul Razak Ali, 37, berkata, lelaki berusia 48 tahun itu diselamatkan oleh beberapa penduduk kampung selepas melihat kereta jenis Chevrolet dipandunya terbabas kira-kira pukul 8.30 pagi.
Read more »