Kereta terbakar, orang awam berjaya selamatkan pemandu

Malaysia News News

Kereta terbakar, orang awam berjaya selamatkan pemandu
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

Seorang saksi, Abdul Razak Ali, 37, berkata, lelaki berusia 48 tahun itu diselamatkan oleh beberapa penduduk kampung selepas melihat kereta jenis Chevrolet dipandunya terbabas kira-kira pukul 8.30 pagi.

MELAKA: Seorang lelaki sempat dikeluarkan orang ramai sebelum kereta dinaikinya terbakar dalam kemalangan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, pagi tadi.

“Ketika kejadian, saya dan rakan sedang bersarapan di kedai makan berhampiran jalan utama perindustrian. Tiba-tiba sebuah kereta langgar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga di bahu jalan,” katanya kepada pemberita.“Beberapa penduduk kampung bergegas memeriksa keadaan mangsa dan membantu mengeluarkannya sebelum api menjadi marak.

“Mangsa dilihat mengalami kecederaan di pinggang dan dikejarkan ke hospital menggunakan kenderaan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat ,” katanya. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nyat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.37 pagi dan sepasukan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati sebuah kereta terbakar dan seorang lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam. Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pukul 8.48 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-11 01:37:32