Empat bulan tidak sebumbung, Linda tidak halang Beego jumpa anak
KUALA LUMPUR: “Kami sudah empat bulan tidak duduk bersama. Tetapi saya ada bagi peluang untuk Beego berjumpa dengan anak-anak.”
Demikian kata pelakon, Linda Hashim usai proses sebutan pertama kes perceraiannya bersama Beego di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. Kata Linda, dia tidak menghalang pelakon itu berjumpa dengan anak-anaknya meskipun mereka tidak lagi sehaluan.Ditanya mengenai keadaan anak-anak, Linda memaklumkan puteri sulungnya, Jelita Clarissa mengetahui akan masalah rumah tangga mereka.
“Anak yang pertama sudah tahu mengenai perceraian ini daripada masa kami bercerai kali pertama. Dia sudah faham malah, sempat bagi semangat dan kekuatan dekat saya,” jelasnya.Untuk info, Linda menfailkan cerai buat kali ketiga terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan tidak mempunyai persefahaman.
Bagaimanapun, pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun kembali rujuk pada 9 April 2023 sebelum kembali berpisah beberapa bulan selepas itu.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. -UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Beego terkejut, tidak tahu ada notis sebutan cerai hari iniBeego terkejut, tidak tahu ada notis sebutan cerai hari ini
Read more »
Empat rakan didenda, mengaku curi kabel telekomunikasiPadah mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi, empat lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Read more »
Pembantu kedai makan maut kemalangan empat kenderaanSeorang pembantu kedai makan maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, berhampiran simpang Zon Mawar di sini malam tadi.
Read more »
Empat maut Toyota Vios bertembung lori di Kota TinggiEmpat maut Toyota Vios bertembung lori di Kota Tinggi
Read more »
Empat kawasan di Kapit terjejas akibat tanah runtuhBeberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebahagian kawasan di Kapit berikutan hujan lebat berterusan semalam.
Read more »
KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025KDW menggariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini
Read more »