Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, jumlah mesin dialisis di negara ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit kronik buah pinggang yang jumlahnya semakin bertambah pada setiap tahun.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd. Khalib berkata, ini memandangkan kerajaan tidak akan dapat menampung keperluan fasiliti rawatan hemodialisis ketika semakin ramai rakyat menghidap diabetes.
“Rawatan dialisis adalah mahal, tiada yang percuma. Sama ada di sektor kerajaan atau swasta, rawatan tersebut menelan belanja yang tinggi. Walaupun dana awam memberi subsidi lebih 90 peratus kepada rawatan di hospital atau fasiliti kerajaan, kos tersebut sama sahaja. “Peningkatan bilangan pesakit yang bergantung kepada hemodialisis daripada Dialisis Peritoneal, akan menyebabkan kegawatan yang serius dalam kalangan NGO dan badan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial ,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kekurangan fasiliti berkenaan terutamanya milik kerajaan dikhuatiri menyebabkan proses rawatan pesakit terutamanya mereka yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes tidak mencapai tahap optimum.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mesin dialisis tak cukup, jumlah pesakit semakin ramaiJumlah mesin dialisis di negara ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit kronik buah pinggang yang jumlahnya semakin bertambah pada setiap tahun.
Read more »
Era digital ubah gaya hidup penduduk duniaKota Kinabalu: Pelancaran aplikasi mudah alih TV Sabah merupakan satu langkah yang tepat pada waktunya.
Read more »
Diabetes: Ubah rawatan kepada Dialisis PeritonealSemalam, Utusan Malaysia melaporkan, jumlah mesin dialisis di negara ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit kronik buah pinggang yang jumlahnya semakin bertambah pada setiap tahun.
Read more »